AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Agatha Sangma: Bekas Menteri Dan Ahli Parlimen Termuda India

Untuk ruangan kali ini, kami menunjukkan kepada anda seorang wanita muda bernama Agatha K. Sangma (37 tahun – 2017), yang pernah menyandang jawatan besar dalam pentadbiran negara India.

Suara dan peranan golongan belia pada zaman kini merupakan antara elemen yang terpenting dalam membawa negara menuju ke arah kemajuan.

Mereka ini boleh diklasifikasikan di dalam kalangan golongan yang berpengaruh kerana memainkan peranan besar sebagai pelapis pentadbir negara di masa hadapan.

Di dalam artikel-artikel yang telah diterbitkan sebelum ini, anda telah menyaksikan beberapa orang pemuda dari pelbagai negara yang bergiat aktif di dalam bidang politik demi melakukan perubahan .

BIODATA RINGKAS

Sumber: http://america.pink/agatha-sangma_268189.html

Dilahirkan pada 24 Julai, 1980, Agatha merupakan bekas ahli parlimen (MP) di India, dan juga telah menjadi ahli Lok Sabha (Dewan Rakyat) ke-15.

Beliau mewakili kawasan Tura, Meghalaya, selepas pilihan raya umum sebagai calon Nationalist Congress Party (NCP). Untuk pengetahuan anda, Agatha merupakan Menteri Muda yang termuda di dalam kabinet kedua Perdana Menteri, Manmohan Singh.

Dalam pada itu, darah seorang pemimpin mengalir dengan kuat di dalam badannya. Beliau mengikuti jejak langkah bapanya, P.A. Sangma, yang juga merupakan ahli politik dan pemimpin yang terkenal di sana.

Agatha dibersarkan di West Garo Hills, Meghalaya dan abangnya, Conrad Sangma, memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Meghalaya .

PENDIDIKAN

Sumber: http://america.pink/agatha-sangma_268189.html

Menjadi anak kepada salah seorang bekas pemimpin tertinggi, wanita muda ini sudah tentunya bukan calang-calang orang.

Beliau memperoleh ijazah LLB daripada Pune University dan kemudian menyertai Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi Delhi. Agatha kemudian melanjutkan pelajarannya dan menerima sarjana dalam bidang Pengurusan Alam Sekitar di Nottingham University, United Kingdom.

KERJAYA

Sumber: www.weforum.org

Agatha telah dilantik buat pertama kali sebagai ahli Lok Sabha (Dewan Rakyat) ke-14 melalui pilihan raya pada bulan Mei 2008, selepas ayahnya, P.A. Sangma meletak jawatan daripada kerusinya di parlimen untuk menyertai politik negeri.

Kemudian, beliau juga dilantik semula di Lok Sabha yang ke-15, lalu menjadikannya ahli parlimen dan juga menteri termuda di dalam seluruh jemaah menteri Lok Sabha itu.

Sebelum ini, Agatha juga pernah memegang jawatan Menteri  Muda (Junior Minister) Pembangunan Luar Bandar, namun telah melepaskan jawatan tersebut semasa rombakan kabinet pada bulan Oktober 2012.

Selain bergiat aktif dalam dunia politik, bekas menteri itu juga menceburi bidang bekerja an lain seperti peguam, pencinta alam sekitar, dan juga jurugambar.

Walaubagaimanapun, Agatha telah menamatkan perkhidmatannya sebagai menteri pada tahun 2012 dan juga ahli Lok Sabha pada 2014

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker