Bisnes & Ekonomi

Mengenali Dr Mohd Lutfi Yang Tersenarai Dalam Forbes’ 30 Under 30

Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman merupakan salah seorang individu yang disenaraikan oleh Forbes di dalam senarai 30 Under 30  dan salah seorang pengasas Hospitals Beyond Boundaries (HBB) (Hospital Tanpa Sempadan)

Biodata Ringkas Mengenai Dr Mohd Lutfi

  • Merupakan house officer di Hospital Sungai Buloh.
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Hospital Beyond Boundaries (HBB).
  • Graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menerima Anugerah Tun Dr Ismail untuk pencapaian pelajar terbaik.
  • Seseorang ahli aktif Persatuan Pelajar Perubatan Persatuan Perubatan Malaysia (SMMAMS) serta merupakan pengerusi persatuan tersebut bagi penggal 2011-2012.
  • Speaker Antarabangsa Terbaik untuk Perbahasan IFMSA Global Health pada tahun 2012.
  • Dipilih oleh PBB sebagai salah seorang United Nations Young Leaders for Sustainable Development Goals pada tahun 2016.

 

Sumber Dorongan Kejayaan Dr Mohd Luthfi

  • Oleh kerana biasa terlibat dalam kerja-kerja sukarela, dia menyedari wujudnya perbezaan dalam layanan penjagaan kesihatan yang diterima masyarakat.
  • Kecederaan pada tahun akhir pengajian meninggalkan tinnitus (dengung) yang tetap di telinga kirinya, Ia menjadi peringatan berterusan yang mendorong beliau untuk memulakan organisasi bukan kerajaan yang dikenali sebagai HBB.
  • Beliau menjalani latihan di Jabatan Kesihatan Awam dan Alam Sekitar WHO di mana beliau terlibat dengan pelbagai projek kesihatan global.

Mengenai HBB

Dr Mohd Lutfi telah mengasaskan HBB ketika beliau berusia 24 tahun, beliau ketika itu masih menuntut di universiti.

HBB di Phnom Penh

Merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mengaut keuntungan, HBB berdedikasi  untuk  meningkatkan kesihatan komuniti yang tidak mampu melalui usaha penjagaan kesihatan berterusan. Tujuan badan ini diwujudkan adalah untuk membina hospital di tempat-tempat yang amat memerlukannya.

Projek perintis dimulakan di Phnom Penh, Kemboja dan sebagai pengarah HBB, Dr Mohd Luthfi ingin memberi  kesan dalam kesihatan global di rantau Asia Tenggara dan bekerjasama dengan WHO pada masa hadapan.

Asal-Usul HBB

Idea ini muncul kepada beliau selepas melakukan kerja-kerja sukarelawan di kawasan  luar bandar di Asia Tenggara.  Tidak berpuas hati apabila mengetahui walaupun terdapat banyak NGO kebajikan yang bertindak balas terhadap bencana, usaha untuk membina kembali masyarakat selepas pergolakan ini adalah amat kecil. Mempunyai pengalaman lebih daripada 3 tahun tinggal dalam kalangan masyarakat miskin di Indonesia dan menyedari bahawa penyakit golongan miskin sebenarnya merupakan permintaan untuk membina semula masyarakat melalui usaha jangka panjang dan penjagaan kesihatan yang mampan bukannya hanya tindakan untuk kelegaan untuk tempoh masa yang singkat.

Dr Mohd Luthfi dengan pasukannya di Phnom Penh

 Motivasi Untuk Memulakan HBB

“Saya tidak mempunyai motivasi untuk mengambil langkah pertama sehingga pada satu hari saya terselamat daripada kecederaan akibat melakukan aktiviti luar yang mungkin menyebabkan saya kehilangan keupayaan untuk berjalan. Saya dimasukkan ke hospital selama 2 minggu dan belajar bahawa hidup ini terlalu pendek, dan beberapa bulan selepas saya pulih, saya pergi ke India untuk belajar tentang usaha untuk melawan penyakit dan kemiskinan di kawasan dilanda kemiskinan di Mumbai. Saya pulang dari India dengan pengetahuan dan mempunyai sumber motivasi,  kemudiannya saya  mengumpul kawan-kawan saya yang mempunyai  minat yang sama seperti saya” kata Dr. Mohd Luthfi.

Ketika itu juga HBB dilahirkan. Selepas mendapat ijazah perubatannya (MD), beliau  mengembara ke Phnom Penh dengan ahli pasukan HBB yang lain. Walaupun tujuan asal lawatan ini adalah untuk meninjau tapak untuk projek saringan kesihatan mereka, namun mereka  dapati banyak perkara lain lagi.

Mereka telah menemui masyarakat etnik  minoriti yang kecil yang sedang berkembang dan berdepan dengan tekanan kewangan. “Hati kami telah tersentuh oleh kebaikan yang ditunjukkan orang-orang Chams ini.  Kami tinggal di sana selama 3 minggu tanpa menetap langsung di  bilik hotel,  kami hanya tinggal bersama komuniti kecil ini. Kami belajar bahasa mereka, makan hidangan mereka, dan memakai  pakaian tradisional mereka serta yang paling penting, kami  menyelami   kehidupan seharian mereka” beliau mengimbas kembali.

Dr Muhd Luthfi, dan pasukannya mengenal pasti bahawa terdapat kekurangan dalam penjagaan kesihatan asas masyarakat akibat kemiskinan. Untuk membantu dalam perkara ini, pada satu hari nanti mereka ingin membina sebuah hospital untuk golongan miskin, yang terletak di tengah-tengah pusat masyarakat.

Sumber: Forbes, Astro Awani & One Young World

Show More

Related Articles

Back to top button