Sukan

Kante Dinobatkan Pemain Terbaik

Persembahan menakjubkan N’Golo Kante menjadikan beliau Pemain Tahunan (Player Of The Year) daripada Professional Footballers’ Association (PFA). Pemain Perancis, berumur 26 tahun itu menundukkan penyerang Spurs Harry Kane dan Everton Romelu Lukaku untuk anugerah berprestij itu.

 

download

Ia mungkin bukan lah anugerah terakhir yang beliau akan julang selepas Chelsea berada pada trek untuk memenangi liga dan beliau akan menjadi pemain pertama yang memenangi liga untuk 2 kelab berbeza.

“Dipilih oleh para pemain untuk pemain terbaik sangat bermakna untuk saya,” kata Kante.

ngolo-kante-pfa-player-of-the-year759

“Ia bermakna sangat dipilih dan dua musim yang indah, satu bersama Leicester dan kami dalam prestasi yang baik bersama Chelsea. Me  njadi Pemain Tahunan adalah penghormatan besar.”

antonio-conte-ngolo-kante

“Kante, yang juga akan bertemu Arsenal untuk Final Piala FA berkata pengurus Chelsea, Antonio Conte seperti bekas pengurus Leicester Claudio Ranieri berasal dari Itali telah menerapkan mentaliti pemenang kedalam pemain.

“Beliau mahukan kemenangan, dan kami berlatih bersungguh-sungguh untuk beliau. Beliau menerapkan menteliti pemenang dalam skuad dan semua orang mahu memberikan yang terbaik untuk pasukan dan menjadikan Chelsea juara.

Sementara itu, Tottenham yang baru-baru ini tewas di tangan Chelsea 4-2 dalam Separuh Akhir Piala FA tidak pulang dengan tangan kosong. Penjaring mereka, pemain tengah England Dele Alli, dimana ramai sangka beliau akan bertanding bersama pemain senior, memenangi anugerah Pemain Muda Tahuan (Young Player of The Year) untuk kali kedua.

Show More

Related Articles

Back to top button