AntarabangsaIsu SemasaPolitik

8 Ahli Politik Termuda Di Dunia

Ia menjadi satu kebiasaan untuk melihat orang-orang tua yang sudah berpengalaman memegang jawatan-jawatan besar di dalam dunia politik dan pentadbiran sesebuah negara.

Tetapi, sejak kebelakangan ini, ramai juga dikalangan golongan belia yang amat bersemangat untuk melakukan perubahan dalam negara dan masyarakat. Demi mencapai matlamat tersebut, satu-satunya cara yang paling berkesan adalah dengan melibatkan diri secara langsung dalam bidang politik.

Sesetengah orang mungkin akan melontarkan persepsi bahawa orang-orang muda ini masih mentah dan tidak mempunyai pengalaman yang cukup, tetapi itu tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk terus berjuang demi melakukan perubahan yang sewajarnya.

Di sini, kami senaraikan 8 orang belia dari pelbagai negara yang telah dilantik untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan mereka.

1. Proscovia Alengot Oromait, Uganda, (2017 – 24 Tahun)

Pada tahun 2012, Proscovia Alengot Oromait, 19 tahun, telah dilantik untuk menjadi ahli parlimen di Uganda. Beliau merupakan orang termuda yang pernah dilantik untuk memegang jawatan itu bukan sahaja di Uganda, malah di seluruh benua Africa.

Oromait juga menggantikan kerusi di parlimen yang disandang oleh mendiang ayahnya, dan beliau kini memberi fokus terhadap isu-isu seperti alam sekitar, polisi kesihatan, jantina, dan pendidikan.

2. Anton Amade Abele, Sweden (2017 – 25 Tahun)

anton-abale

Abele telah dilantik menjadi ahli parlimen Sweden ketika beliau berusia 18 tahun pada tahun 2010. Berikutan kes kematian seorang remaja Sweden, Riccardo Campogiani, yang telah dipukul sehingga maut di sebuah majlis keramaian di Stockholm pada tahun 2007, Abele telah menubuhkan satu page di Facebook bernama “Save us from street violence”.

Kemudian, beliau bertindak mengaturkan satu demonstrasi anti-keganasan. Aktivisme ini bertujuan untuk menjadi satu organisasi bukan bermotifkan untung, dan ia mula mendapat perhatian orang ramai.

Berikutan itu, Abele telah menerima anugerah hak asasi manusia di MTV Europe Music Awards dan akhirnya dipilih menjadi ahli parlimen Moderate Party di sana.

3. Alex B. Morse, USA, (2017 – 28 Tahun)

alex-b-morse

Alex B. Morse, seorang ahli demokrat, merupakan datuk bandar termuda yang pernah dilantik di bandar Holyoke, Massachusetts.

Beliau pertama kali dilantik pada tahun 2011 (22 tahun) dan telah dilantik untuk penggal kedua pada 2013. Sejak dilantik, pembangunan ekonomi menjadi keutamaannya.

Morse melaksanakan program insentif cukai semasa tahun pertamanya untuk membantu perniagaan yang sedang merudum dan juga memperkenalkan perniagaan baru ke dalam bandar itu.

4. Wyatt Roy, Australia, (2017 – 27 Tahun)

wyatt-roy

Ketika perlantikannya sebagai ahli parlimen Australia untuk daerah Longman, Wyatt Roy baru sahaja berumur 20 tahun lalu menjadikannya orang termuda yang pernah dilantik sebagai ahli parlimen di sana.

Selepas menamatkan pengajiannya dalam bidang Sains Politik, dan mendengar aduan orang ramai tentang cara pengurusan dalam kerajaan, ia menjadi dorongan kepadanya untuk menyertai dunia politik demi melakukan perubahan.

5. Pierre-Luc Dusseault, Canada, (2017 – 26 tahun)

canada

Pada usia seawal 19 tahun, pemuda berbangsa Canada ini telah dilantik menjadi ahli parlimen untuk Sherbrooke, Quebec sebagai ahli NDP.

Ketika usianya 23 tahun, Dusseault mencapai kejayaan yang membanggakan dalam masa yang singkat apabila beliau telah berkhidmat dua kali sebagai pengerusi jawatankuasa Access of Information, Privacy and Ethics. Lebih mengagumkan lagi, beliau juga adalah ahli parlimen yang termuda di dalam sejarah politik Canada.

6. Marietje Schaake, Netherlands, (2017 – 39 Tahun)

Ahli politik Belanda ini pertama kalinya dilantik dalam Parlimen Europe pada umur 30 sebagai ahli Democrats 66 Party.

Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kuasa parliment seperti Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Kebudayaan, Media dan Pendidikan, dan juga Hal Ehwal Luar Negara.

Marietje telah berjuang dalam kesaksamaan hak asasi manusa sepanjang karier politiknya dan pada tahun 2007, beliau menerima Barney Karbank Memorial Award di atas jasanya dalam bidang ini.

7. Jacinda Ardern, New Zealand, (2017 – 37 Tahun)

Jacinda Ardern adalah ahli parlimen di New Zealand yang telah dilantik ketika berusia 28 tahun pada 2008.

Sebagai ahli Parti Buruh, beliau dipilih menjadi jurucakap berkenaan hal ehwal belia. Selain itu, Jacinda juga telah menyandang jawatan sebagai penasihat kanan polisi ketika bekerja di London, United Kingdom.

Sepanjang kariernya dalam dunia politik, beliau telah berkempen untuk kesaksamaan perkahwinan dan juga pengangguran belia di New Zealand.

8. Kaniela Ing, USA, (2017 – 29 Tahun)

Pemuda bernama Kaniela Ing ini merupakan senator negeri di dalam 11th House District di Dewan Rakyat Hawaii.

Dilantik pada tahun 2012 dan mula bekerja pada 2013 telah menjadikannya sebagai ahli parlimen termuda di Hawaii.

Sejak itu, beliau memberi fokus terhadap dasar-dasar yang menggalakkan pertanian yang mampan dan juga penmuliharaan alam sekitar. Kaniela turut menggunakan kuasanya dalam pembangunan pendidikan dan ekonomi.

Sumber: The Richest
Show More

Related Articles

Back to top button