Hiburan

Encephalophone: Hasilkan Muzik Hanya Dengan Berfikir!

Untuk bermain encephalophone, seseorang pemuzik perlu memakai topi ‘electroencephalogram’ (EEG) dilengkapi dengan elektrod yang membaca gelombang otak dan menghantarnya ke encephalophone. Instrumen tersebut akan menghasilkan bunyi seperti piano elektrik atau gitar elektrik.

Pada bulan April 2016, pengarah koir Seattle dan guru gred lima, Margaret Haney masuk ke bilik kecemasan dengan masalah yang luar biasa – tiba-tiba, dia tidak dapat menyanyi.

Haney fikir dia mengalami strok walaupun tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda.  Pakar perubatan menjalankan imbasan otak dan mendapati dia mengalami “amusia” – ketidakupayaan untuk membuat muzik disebabkan oleh jangkitan virus di bahagian otaknya.

bc345ff6-0534-11e7-a621-509d6ee6d54e-1020x703

Selepas ujian itu, Haney dirujuk Dr. Thomas Deuel, seorang pakar neurologi Sweden yang bermain trompet dan gitar, belajar gubahan muzik dan biologi molekul di Universiti Princeton dan jazz di New Conservatory England di Boston.

Deuel telah bekerja dengan DXARTS, Universiti Washington iaitu program kerjasama antara saintis dan artis. DXARTS telah dilancarkan pada tahun 2001, dengan penekanan kepada projek-projek yang berlainan bidang.

Deuel telah menasihatkan DXARTS untuk membina makmal teknologi untuk mengkaji hubungan antara neurologi dan seni (terutama muzik) dan meneroka hubungan mendalam antara badan dan otak.

Deuel juga telah bekerjasama dengan ahli fizik, Felix Darvas dalam penciptaan alat muzik neuro iaitu encephalophone, sejenis instrumen yang boleh dimainkan hanya dengan berfikir.

Deuel telah membantu mencipta encephalophone untuk meneroka bidang baru dalam teknologi muzik dan sebagai alat terapi bagi orang-orang yang pernah mengalami strok atau masalah neurologi.

Jika seseorang tidak boleh menggunakan anggota badan untuk membuat muzik, belajar untuk membuat muzik dengan cara yang baru dengan bahagian-bahagian yang berbeza daripada otak mereka, mungkin boleh menjadi satu kaedah pemulihan neurologi.

4aaf4602-083b-11e7-a932-88b4cd16e760-1020x684

Ahli muzik dan ahli sains lain telah menggunakan teknologi EEG untuk membuat bunyi sebelum ini tetapi hanya bunyi pasif yang dijana berdasarkan aktiviti otak. Encephalophone itu adalah alat muzik yang dikawal oleh EEG.

Walaubagaimana pun, instrumen ini masih dalam fasa percubaan awal. Deuel dan rakan usahanya sedang menunggu kelulusan untuk menguji encephalophone dalam ujian klinikal, untuk menguji sama ada membuat muzik mampu meningkatkan kualiti kehidupan pesakit atau ia mungkin membantu mereka meningkatkan kemahiran motor.

Apabila Deuel bertemu Haney kelak, beliau berharap alat ciptaan itu boleh membantunya untuk belajar menyanyi semula.

Sumber: Seattletimes

Show More

Related Articles

Back to top button