AntarabangsaIsu Semasa

Vietnam: Graduan Universiti Tak Memilih Kerja

Dao Thanh Chien, seorang graduan universiti dari pusat bandar wilayah Thanh Hoa, memperoleh pendapatan purata bulanan sebanyak VND8mil (RM1,553) dengan menjual teh ais dan memandu teksi motosikal, bukan dengan bekerja sebagai pegawai awam sebagaimana yang dikehendakinya selepas menamatkan pengajian di universiti.

Chien, seperti ramai graduan lain, terpaksa melepaskan impiannya untuk menjadi pegawai kerajaan setelah menghabiskan lima tahun mencari pekerjaan sesuai dengan jurusan pelajarannya di universiti.

Terdapat bulan-bulan tertentu Chien memperoleh pendapatan mencecah VND15mil (RM2,911), satu jumlah yang dianggap sebagai pendapatan impian bagi ramai pegawai awam.

Pekerjaan sementara terdiri daripada pengawal keselamatan , bekerja di pasar, memandu teksi motosikal dan menjual teh ais.

Kebanyakan pemandu teksi motosikal di syarikat Grabbike Hanoi adalah pelajar dan graduan menganggur. Graduan yang tidak dapat mencari pekerjaan merangkumi satu pertiga daripada kakitangan syarikat itu. Selalunya, pemandu sepenuh masa menjana pendapatan antara VND12-15mil (RM2,329 – RM2,911) sebulan.

14173020313_e5e2dd95b3_c

Chien adalah antara lebih daripada satu juta orang yang menganggur dalam kumpulan umur bekerja di Vietnam.

Pengangguran di kalangan graduan bukan isu baru di Vietnam. Ia merupakan situasi biasa untuk melihat graduan universiti memandu teksi motosikal atau menjual teh ais untuk menyara hidup.

Menurut Kementerian Buruh dan Hal Ehwal Sosial, kira-kira 200,000 graduan universiti diramal menganggur tahun ini. Dianggarkan lebih 100,000 graduan universiti melakukan pekerjaan mudah yang tidak memerlukan kelulusan ijazah.

Kadar pengangguran meningkat kerana ramai graduan tidak cukup aktif untuk mencari pekerjaan yang sesuai, maklumat pasaran yang tidak mencukupi, kekurangan rundingan dan bimbingan kerjaya, kekurangan kualiti latihan di pertubuhan pendidikan dan sambungan yang longgar antara bekalan buruh dan permintaan.

Sumber: Thestar

Show More

Related Articles

Back to top button