Isu SemasaTempatan

Rumah Daripada Botol Plastik

Kira-kira 3,500 botol plastik berjaya dikumpul dan dijadikan sebuah rumah kecil untuk menghantar mesej hijau. Ia merupakan sebahagian dari sebuah projek pembersihan pantai di sebuah pulau di Sandakan.

Alexander Yee, Pengarah Urusan Trekkers Lodge, berkata botol-botol plastik tersebut dikutip oleh penduduk kampung di Pulau Libaran, iaitu kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot dari Sandakan. Ia mengambil masa tiga tahun untuk mereka berjaya mengumpul botol sebanyak itu.

“Kami menggunakan botol plastik satu liter untuk dinding dan pagar untuk rumah seluas 300 kaki persegi ini,  manakala zink dan bahan lain digunakan untuk bumbung dan bahagian-bahagian lain,” katanya.

Rumah itu selesai dibina dalam masa lima minggu dan akan digunakan sebagai galeri untuk mendidik pengunjung mengenai pembersihan pantai dan pemuliharaan penyu.

Yee berkata ia bermula apabila Jabatan Hidupan Liar Sabah bertanya, jika mereka boleh membantu menyelesaikan masalah  seorang penduduk kampung, yang mengadu bahawa telur penyu di tanahnya telah diambil oleh orang lain.

Sebagai presiden  Friends of Sea Turtles Research  and Education Yee komited untuk memperkenalkan projek pemuliharaan penyu di pulau itu.

Ketika itu, dia sedar akan sampah yang terdampar di pantai dan menganjurkan satu projek pembersihan pantai bersama masyarakat.

Kutipan dana telah diadakan dan penduduk kampung yang mengambil bahagian dalam pembersihan pantai secara harian telah diberi wang.

Menurut Lee lagi, “kami sedang memuktamadkan kandungan galeri tersebut  dan berharap untuk  dapat membukanya untuk orang ramai Ogos ini,”

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker