AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Pilihan Raya Perancis: Apa Akan Berlaku Jika Le Pen Menang?

Pada 23 April ini, pusingan pertama Pilihan Raya Perancis akan bermula diikuti pusingan kedua pada 7 Mei bulan depan sekiranya tiada calon yang meraih undian 50% majoriti.

Dalam pilihan raya kali ini, calon presiden dari parti Front National, Marine Le Pen menjadi tumpuan utama dunia.

Dilihat sebagai “Donald Trump versi Perancis”, beliau merupakan seorang individu yang membenci imigran, masyarakat Muslim , pemimpin Jerman Angela Merkel dan juga Kesatuan Eropah (EU).

Sekiranya kemengangan berpihak kepada Le Pen, ia disifatkan sebagai ‘malapetaka’ dalam arena politik Eropah kerana beliau juga berikrar untuk melaksanakan referendum supaya Perancis boleh keluar daripada EU (Frexit) sama seperti Britain melalui referendum Brexit.

Menurut laporan, perjuangan populisme yang dibawa olehnya akan menjejaskan seluruh institusi demokratik Perancis.

Pengarah American Jewish Committee di Paris, Simone Rodan-Benzaquen, menyatakan bahawa jika Le Pen menang, negara Perancis mungkin akan mengharungi perang saudara.

Beliau berkata, walaupun Le Pen bukan seorang anti-yahudi, ramai anggota tinggi di dalam partinya amat dikenali dengan ideologi ekstremis dan anti-yahudi.

Calon berkontroversi itu juga dikatakan ingin menutup sempadan Perancis dan menarik diri daripada NATO selain daripada EU.

“Pelantikannya akan menghapuskan Franco-German Engine (hubungan Jerman-Perancis),” kata seorang kolumnis Guardian, Natalie Nougayrede.

Tambah Natalie, Le Pen juga kerap berkempen untuk membantah kerjasama bersama Jerman dan pemimpinnya, Merkel.

Dalam pada itu, Trudy Rubin, seorang kolumnis dari The Philadelphia Inquirer memetik kata-kata Le Pen: “Saya ingin menjadi presiden Republik Perancis yang sebenar.”

Mengulas lanjut, Rubin berpandangan bahawa kata-kata Le Pen itu membawa makna hanya mereka yang menyokongnya sahaja adalah rakyat Perancis yang sebenar.

Dalam erti kata lain, sesiapa yang tidak menyokongnya dianggap ‘musuh’ kepada rakyat dan negara.

Akhir sekali, Le Pen juga amat popular dengan sikap anti-Muslimnya dan sering menjadikan penganut agama Islam sebagai ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan dalam pelbagai isu.

Kini, Le Pen  menganggap dirinya sebagai ‘pelindung Perancis dan Yahudi daripada masyarakat Muslim.’

Jika menang pilihan raya, Le Pen cenderung untuk mengenakan pelbagai sekatan terhadap Muslim sama seperti yang dilakukan oleh ‘kembarnya’, Donald Trump.

Sumber: The Philadelphia Inquirer

 

Show More

Related Articles

Back to top button