Isu SemasaPolitikTempatan

Lebih Awal PRU14, Lebih Bertambah Baik Ekonomi

Sejak tahun lepas, spekulasi mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-14  (PRU14) akan diadakan masih menjadi topik hangat sehingga hari ini.

Malah, ada pihak yang meramalkan bahawa PRU14, yang sepatutnya berlangsung di sekitar pertengahan tahun 2018, akan diadakan pada bulan Oktober ini.

Walau bagaimanapun, pakar ekonomi berpandangan bahawa ekonomi Malaysia akan menjadi lebih baik selepas pertengahan tahun depan sekiranya PRU 14 diadakan lebih awal.

Menurut pakar ekonomi tempatan, Datuk Chua Tia Guan, isu-isu semasa yang menjadi perbualan orang ramai pada waktu ini seperti kes rasuah dan RUU355 akan berakhir buat seketika selepas tamatnya PRU14.

“Seperti kebiasaannya, selepas berakhir PRU, semua orang akan lupakan segala isu politik dan kembali menumpukan perhatian terhadap hal-hal yang lebih penting terutama ekonomi negara,” katanya.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: denaihati.com

Beliau turut meramalkan pertumbuhan ekonomi negara akan meningkat dengan lebih baik bermula pertengahan 2018 sekiranya pilihan raya dilaksanakan pada tahun ini.

Tetapi, Chua juga tidak menafikan bahawa prestasi ekonomi tetap akan menjadi lebih baik walaupun jika PRU14 diadakan pada waktu yang sepatutnya (tahun depan) dan pertumbuhan itu akan berterusan sehingga tahun 2019.

Selain itu, umum mengetahui, mandat atau tempoh pentadbiran kerajaan pemerintah akan tamat pada bulan Jun 2018.

Tetapi, sekiranya Parlimen tidak dibubarkan pada tarikh yang sepatutnya, PRU14 boleh dibawa kehadapan sehingga bulan Ogos (60 hari).

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk Kang Hua Keong, menyatakan bahawa faktor yang menyebabkan kelembapan pembelian dalam pasaran tempatan adalah masalah inflasi serta gejala rasuah.

Tambah beliau, rakyat dilihat semakin kurang yakin dengan keadaan ekonomi negara kerana harga barang yang meningkat selain daripada kejatuhan mata wang Ringgit di pasaran antarabangsa.

Sumber: Sinar Harian 
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button