Sukan

Juventus Tundukan Barcelona

Juventus menunjukan persembahan pertahanan yang luar biasa untuk mencapai tempat di Separuh Akhir Liga Juara-Juara selepas menghalang Barcelona daripada menjaringkan gol di Nou Camp.

Menerusi 3-0 pada pusingan pertama, Barca bertali arus mengasak gawang gol pasukan Itali itu tetapi gagal mengulangi kemenangan menanjubkan ke atas Paris St-Germain pada pusingan 16 terakhir.

nintchdbpict000317935820

nintchdbpict000317943855-e1492635712363

Lionel Messi, yang pecubaannya digagalkan oleh Gianluigi Buffon pada awal permainan, melepasi palang sementara Luis Suarez dan Neymar gagal memanfaatkan peluang pada malam itu Barca hanya mendapat satu percubaan tepat.

nintchdbpict000317948690-e1492635404250

Pemain Juve, Gonzalo Higuain dan Juan Cuadrado juga mensia-siakan beberapa peluang namun apabila wisil akhir ditiup ia disambut dengan begitu meriah oleh juara Itali itu, mereka juga tidak pernah bolos sebiji gol daripada permainan tebuka (open play) untuk Liga Juara-Juara musim ini.

Juventus akan menyertai Real Madrid, Atletico Madrid dan Monaco pada Jumaat untuk undian perlawanan 4 terakhir.

 nintchdbpict000317949448-e1492635576682

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker