AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Brexit Lebih Merugikan Britain Berbanding EU

Bulan lepas, Perdana Menteri Britain, Theresa May telah memulakan proses ‘penceraian’ negara itu daripada Kesatuan Eropah (Brexit) secara rasmi.

Walaupun prosesnya itu akan menjadi sangat rumit, May menegaskan bahawa rancangan itu akan tetap diteruskan dan mereka tidak akan “berpatah balik”.

Kini, Britain mempunyai tempoh dua tahun untuk berunding sebelum penceraian mereka daripada EU berkuatkuasa pada akhir bulan Mac 2019.

Walau bagaimanapun, tindakan negara itu untuk keluar daripada EU akan merugikan kedua pihak, tetapi Britain akan tetap mengalami kerugian yang lebih besar berbanding kesatuan itu.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Federica Mogherini – Sumber: ismailimail.wordpress.com

Menurut ketua dasar luar EU, Federica Mogherini, proses rundingan akan menjadi amat sukar kerana mereka (Britain) perlu membuang keahlian mereka dalam sebuah komuniti.

“Kita akan kehilangan satu negara anggota yang penting.” katanya dalam lawatan ke Tsinghua University di Beijing, China.

Tambahnya lagi, semua negara anggota EU adalah sama-sama penting kerana sesebuah negara mungkin boleh menyumbang lebih terhadap sesuatu dasar itu berbanding negara lain.

“Tetapi, saya rasa rakan-rakan British kita akan kerugian lebih daripada apa yang kita rugi,” ujarnya.

Dalam pada itu, EU memaklumkan bahawa proses rundingan Brexit akan bermula pada bulan Jun ini selepas selesai pilihan raya mengejut yang akan berlangsung pada bulan yang sama (8 Jun 2017).

Memandangkan EU juga adalah rakan dagang terbesar China, negara itu juga bimbang dengan proses Brexit kerana ia mungkin akan menjejaskan kestabilan EU.

China akan kehilangan 1/6 daripada pengeluaran ekonomi selepas Britain meninggalkan kesatuan itu.

Namun begitu, Mogherini yakin bahawa ekonomi EU akan terus menjadi pasaran yang pertama dan ekonomi kedua terbesar di dunia walaupun tanpa kehadiran Britain.

“Kesatuan Eropah, walaupun selepas UK keluar, akan terus menjadi pasaran pertama di dunia, ekonomi kedua terbesar di dunia,” kata beliau.

Sumber: The Star
Show More

Related Articles

Back to top button