Bisnes & Ekonomi

Memberi Pelarian Peluang Mencari Rezeki Di Restorannya

Kehidupan di Malaysia bagaimanapun tidaklah semudah yang disangka, kerana pekerjaan tidaklah datang dengan mudah untuk pelarian berusia 28 tahun, Mohamed Jamal Ali.  Tambahan pula,  keluarganya telah dipindahkan ke sempadan Somalia dan Ethiopia.

Mohamed Jamal telah meninggalkan kediamannya di Mogadishu, Somalia pada tahun 2012 untuk melepaskan diri dari perang saudara yang telah membunuh beribu-ribu orang dan menyebabkan ramai dipindahkan.

Orang ramai teragak-agak untuk mengambil Jamal bekerja kerana status pelarian beliau.

“Pelarian tidak mempunyai tempat  bergantung  dan kebanyakannya hanya ingin mencari rezeki,” kata Jamal, yang pernah mengalami kesukaran mencari pekerjaan.

Nasib baik, Jamal kini mempunyai pekerjaan sebagai pelayan di Sahana Banana Leaf Restaurant yang terletak di Damansara Heights, Kuala Lumpur, yang dibuka pada hari Isnin.

Beliau adalah salah satu daripada 10 pelarian yang terdiri daripada tiga rakyat Pakistan, tiga orang Rohingya dan empat orang Somalia yang bekerja di sana.

Di restoran, pelarian diajar kemahiran tertentu untuk membantu mereka dan memberikan mereka kebebasan dari segi kewangan.

metd_1404_17rvrefugee_kkeeran_1
Sathiyah (berdiri, di tengah-tengah) bersama-sama pekerjanya

“Saya boleh belikan  mereka makanan untuk hari ini, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Ataupun lusa? Saya tidak boleh membantu mereka secara kewangan tetapi saya boleh memberi mereka pekerjaan. Ia adalah  yang memenangkan semua orang”, kata pemilik bersama restoran tersebut, Sathiyah Ettickan.

Walaupun dia mempunyai perniagaan lain, ini merupakan penglibatan pertamanya dalam sektor makanan dan minuman. Disebabkan terdapat ramai pelarian di sini, Sathiyah fikir dia boleh memberi mereka bantuan.

“Ini merupakan salah satu cara untuk menerima bahawa pelarian adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia. Ia juga satu sambutan atas keberanian mereka.

“Kami berharap dapat membantu memudahkan lebih banyak interaksi antara pelarian dan rakyat Malaysia, dengan harapan bahawa semua orang dapat memahami bahawa mereka mempunyai impian dan aspirasi yang sama seperti orang lain.

“Dalam merealisasikan hakikat ini, kami berharap ramai yang akan menyertai kami menjadi sebahagian daripada perjalanan ini,” katanya.

Sathiyah belajar tentang pelarian melalui ‘Refugees at Work’,  sebuah platform yang bertujuan khas untuk membantu mereka mencari pekerjaan.

Bagi mereka, ini merupakan perjanjian yang sangat baik kerana kebanyakan pelarian perlu bekerja pelbagai pekerjaan untuk terus hidup, dan pekerjaan seperti ini tidak tetap.

Sathiyah mengakui mempunyai banyak risiko mengambil pelarian bekerja.

Di Malaysia, pelarian tidak diiktiraf secara sah atau dibenarkan untuk bekerja, tetapi dia berharap pihak berkuasa akan menyokong usaha beliau.

Sathiyah berkata usaha itu adalah selari dengan kenyataan tegas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sanggup mengenepikan dasar tidak campur tangan komuniti Asean untuk mengutuk pencabulan hak asasi manusia terhadap masyarakat minoriti Rohingya di Myanmar. Beliau berkata inisiatif itu juga untuk menyokong projek perintis kerajaan yang ingin membantu 300 pelarian Rohingya untuk memperoleh pekerjaan.

Pada akhir bulan Februari, terdapat 149,500 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia, walaupun jumlah sebenar pelarian dianggarkan terdapat lebih daripada itu.

Menurut Sathiyah, kebanyakan pelarian perlu bermula dari awal dan memerlukan banyak latihan. Mereka selalunya akan mula bekerja sebagai pembantu dapur dan pelayan. Setakat ini, dia dapati pekerja amat bermotivasi dan teruja untuk mempelajari kemahiran baru.

“Mereka  pada mulanya tidak tahu apa itu kambing parattal. Tidak semua boleh berbahasa Melayu dan memahami budaya Malaysia. Perkara ini memerlukan banyak kesabaran, ” kata Sathiyah.

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button