Kesihatan

Doktor Perubatan Terbitkan Buku Mengenai Kanser

Pakar onkologi klinikal dan perunding,  Datuk Dr T. Aloysius Raj sentiasa mahu menulis sebuah buku mengenai kanser yang boleh  difahami dengan mudah oleh orang ramai.

c
Ilustrasi sel-sel kanser berbanding sel-sel normal

Impian beliau akhirnya menjadi kenyataan selepas setahun menulis buku bertajuk Understand Cancer  and Its Treatment  (Memahami Kanser dan Rawatannya) yang tidak menggunakan istilah perubatan yang mengelirukan.

Sebaliknya, buku yang mempunyai 80 muka surat penuh dengan  illustrasi dan gambar mengenai jenis-jenis kanser, simptom-simptom, penyebab,  langkah-langkah pencegahan, kaedah diagnostik dan pelbagai jenis rawatan.

Dr Aloysius dengan bukunya yang bertajuk ‘Understanding Cancer And Its Treatment’

“Saya gembira kerja keras saya akhirnya berhasil”.

“Buku saya boleh difahami dengan mudah oleh orang ramai. Orang biasa boleh memahami dengan mudah apa itu  kanser dan bagaimana ia dikesan dan dirawat, “katanya pada majlis pelancaran buku tersebut di sebuah hotel yang terletak di George Town.

Dr Aloysius, yang mempunyai pengalaman sebanyak 40 tahun dalam bidang onkologi, katanya telah menjadikan  arwah, A.P.J. Abdul Kalam, bekas presiden India, sebagai sumber inspirasinya.

“Abdul Kalam sentiasa menggalakkan orang untuk bekerja keras mencapai impian mereka. Saya berharap dengan menulis pengetahuan dan pengalaman saya, saya boleh memberi manfaat kepada orang lain kerana saya adalah seorang pakar dalam bidang ini.

“Berjaya mengesan kanser  pada peringkat awal adalah penting untuk pesakit dapat meneruskan kehidupan dan menerima rawatan. Saya berharap dapat  mencapai ramai orang melalui buku ini, “katanya, sambil mengatakan bahawa 2,000 naskhah akan diberikan secara percuma ke hospital-hospital  dan pertubuhan amal terpilih.

Menurut beliau, badan-badan amal dibenarkan untuk menjual buku-buku tersebut dan memperoleh keuntungan.

Timbalan Ketua Menteri II,  Dr P. Ramasamy, yang melancarkan buku itu, memuji inisiatif Dr Aloysius yang ingin mendidik orang ramai mengenai penyakit yang boleh membawa maut tersebut.

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button