Isu SemasaTempatan

Saintis Pelihara Sel Kulit Badak Sumatera Untuk Tujuan Klon

Para saintis menjaga sel-sel kulit tiga ekor badak Sumatera yang masih hidup di Sabah dengan harapan untuk menggunakan teknologi masa depan bagi membiak spesies terancam tersebut.

Teknologi maju masa hadapan diharap akan dapat menggunakan sel-sel kulit yang dijaga untuk ditukar menjadi telur atau sperma, sebelum diubah menjadi sel-sel yang lebih kompleks bagi mewujudkan semula keseluruhan haiwan itu.

Pengarah ekskutif Borneo Rhino Alliance (Bora), Datuk John Payne berkata badak Sumatera di Sabah dianggap pupus di hutan dan dengan hanya tiga ekor yang masih hidup di dalam kurungan, kerajaan Sabah sahaja tidak dapat menyelamatkan mereka.

Pencegahan kepupusan hanya boleh berlaku jika semua pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas badak Sumatera bekerjasama dalam program meningkatkan kadar kelahiran spesis itu.

Ini bermakna Malaysia yang telah bersedia di Sabah dan seluruh negara bersama-sama dengan Indonesia di peringkat pusat ditambah Aceh dan wilayah Kalimantan Timur mesti bekerja bersama-sama untuk merealisasikan matlamat membendung kepupusan badak Sumatera.

Ketiga-tiga ekor badak Sumatera yang berada di dalam kurungan iaitu Tam, badak jantan dan dua ekor badak betina, Puntung dan Iman sedang dijaga oleh Bora di Rizab Hidupan Liar Tabin di pantai timur daerah Lahad Datu.

sumatra2-e1440409991933
tam dan puntung

Percubaan pakar hidupan liar untuk membuatkan Puntung dan Iman mengawan dengan Tam tidak berjaya kerana badak-badak betina itu mempunyai kantung cecair di sekitar uterus mereka yang tidak dapat dirawat. Puntung juga telah dikenal pasti mengalami jangkitan yang mengancam nyawa.

Payne mengesyorkan untuk menggunakan kaedah ibu tumpangan yang melibatkan badak Indonesia, atau spesies badak lain jika Indonesia tidak berminat.

Beliau berkata jumlah badak liar, kecuali di pergunungan Aceh, terlalu sedikit untuk dibiarkan hidup di hutan. Fakta itu sudah jelas tetapi telah diabaikan sejak 40 tahun lalu.

Sel-sel kulit badak Sumatera Sabah itu kini sedang dikultur di makmal sebagai langkah persediaan untuk menyelamatkan kepupusannya.

 

Sumber: Thestar

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button