Sukan

Tahta EPL Kembali Terbuka

Perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali terbuka selepas Chelsea tewas 2-0 kepada Manchester United dan ini merapatkan lagi jurang mata antara Chelsea dan Tottenham (4 mata beza) dan United masih lagi bertukus lumus untuk mendapatkan tempat di 4 teratas. 

Persiapan sebelum perlawanan Chelsea terlibat dengan ‘kucar-kacir’ selepas Marcus Alonso dan Thibaut Courtois cedera dan tidak dapat diturunkan.

nintchdbpict0003172830231

Dan ia menjadi impak selepas hanya 7 minit perlawanan apabila Rashford menjaringkan gol pendahulu untuk Red Devils.

nintchdbpict000317302328

Nemanja Matic membuat hantaran yang terkena tangan Herrera sebelum pemain tengah itu membuat satu lorongan yang cantik ke Rashford dan meninggalkan David Luiz sebelum menjaring melepasi Asmir Begovic.

nintchdbpict000317283893

Pasukan pelawat bergelut mencari rentak pada awal 45 minit dan kekecawaan mengganggu Diego Costa selepas dilayangkan kad kuning untuk terjahan lewat terhadap Paul Pogba.

Peluang Chelsea hadir daripada Costa namun sepakannya tersasar jauh.

nintchdbpict000317297152

Antonio Conte banyak perlu difikirkan pada separuh masa tetapi 3 minit masuk babak kedua rembatan Herrera deflected (lantun) melepasi Begovic.

Pelawat mendominasi posisi pada 20 minit akhir yang kelihatan mereka terdesak mencari jalan untuk kembali ke dalam perlawanan tetapi United kukuh untuk mendapatkan 3 mata penting.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button