AntarabangsaIsu Semasa

Sambutan Songkran di Thailand Diteruskan Walaupun Diberi Amaran

Thailand memulakan pesta air tahunannya atau Hari Percutian Songkran pada hari Khamis lalu walaupun telah diberi amaran dari kerajaan tentera untuk menyambut festival itu secara sederhana untuk memberi penghormatan dan berkabung terhadap kematian Raja negara tersebut.

e

Thailand sedang dalam tempoh berkabung selama setahun untuk Raja  Bhumibol Adulyadej yang telah meninggal dunia pada usia 88 tahun, pada Oktober tahun lepas. Banyak acara yang berunsurkan hiburan telah dikurangkan atau dibatalkan terus sebagai tanda hormat atas kematian baginda.

Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej

Raja Maha Vajiralongkorn, anak kepada mendiang raja, kini merupakan raja yang baru.

Kerajaan telah memberi amaran kepada mereka yang berpesta supaya tidak memakai pakaian yang singkat dan untuk menghadkan pengambilan alkohol mereka. Rasionalnya kerana kemalangan maut yang meningkat semasa hari cuti kebangsaan, berpunca daripada pengambilan alkohol semasa atau sebelum memandu.

“Saya mahu semua orang untuk membantu dalam mengurangkan kemalangan jalan raya dan menggunakan akal semasa memandu. Penjualan alkohol berhampiran pesta-pesta telah menyebabkan huru-hara dan makna sambutan Songkran yang sebenar telah diputarbelitkan,” beritahu Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha kepada pemberita.


“Kami perlu memainkan peranan dalam memelihara budaya dan tradisi kami,” katanya lagi.

Sejak rampasan kuasa pada tahun 2014, kerajaan tentera Prayuth telah cuba untuk memulihkan nilai-nilai tradisional Thai, dengan mengatakan beberapa tradisi Thai telah dirosakkan dengan kehadiran pihak luar dan pengaruh masyarakat Barat.

Namun begitu,  amaran itu tidak mungkin dapat melemahkan semangat masyarakat Thailand  pada hari cuti paling penting dan salah satu tarikan pelancong yang paling besar di negara Gajah Putih itu. Pada masa itu,  kedua-dua rakyat Thailand dan pelancong akan mengambil bahagian dalam pergaduhan jalanan melibatkan air dengan bersenjatakan pistol air dan baldi.

Songkran, yang telah diberi gelaran “perjuangan air terbesar di dunia”, juga merupakan masa apabila masyrakat Thailand memberi penghormatan kepada kedua orang tua mereka dengan menuang air melalui tangan mereka – sebuah perlakuan yang dilakukan untuk melambangkan penyucian menjelang tahun baru.

Pihak pelancongan berkata, ia meramalkan jumlah pelancong antarabangsa yang meraikan Songkran akan meningkat sebanyak 10 peratus daripada tahun sebelumnya untuk mencapai 470,000 pengunjung.

Sumber: The Straits Times

Show More

Related Articles

Back to top button