FesyenGaya Hidup

Pilihan Gaya Jambang Mengikut Bentuk Muka

Jambang merupakan aksesori semulajadi muka yang menjadi pilihan ramai lelaki bergaya. Menyimpan jambang memerlukan penjagaan yang rapi supaya ianya tidak mencacatkan gaya anda. Cara yang betul untuk menyimpan jambang mengikut bentuk muka juga perlu diketahui.

Buat lelaki yang masih keliru, ikuti tips menyimpan jambang yang sesuai dengan bentuk muka anda di bawah ini.

  1. Muka bulat

bulatMenyimpan jambang yang tebal dan tidak terurus akan membuatkan muka anda kelihatan seperti bola. Untuk mengelakkannya, anda perlu menjaga sudut jambang anda. Simpan jambang yang lebih pendek di pipi dan lebih banyak di bahagian dagu untuk membuatkannya tampak lebih panjang dan lebih ketara.

  1. Muka Tiga segi

3segiElakkan menyimpan jambang yang penuh dan tebal di pipi kerana ia akan membuatkan garis rahang kelihatan lebih luas. Jangan simpan janggut yang panjang di dagu juga. Sebaliknya, persegikannya di bahagian bawah untuk membuatkan muka anda kelihatan sedikit bulat dan berisi.

  1. Muka Panjang

petakAnda tidak perlu membesar-besarkan bentuk muka yang sudah anda miliki. Supaya kelihatan sedikit lebar, biarkan jambang tumbuh  lebih tinggi ke atas pipi. Dengan menyimpan jambang sebegini, muka anda tidak akan kelihatan terlalu panjang.

  1. Muka Bentuk Hati

hatiIni adalah bentuk muka yang lebih kecil, jadi jambang yang tebal hanya akan membuat wajah anda kelihatan lebih kecil. Untuk membuatkan muka kelihatan besar, simpan jambang di bahagian tepi secara nipis. Anda juga perlu menyimpan janggut lebih panjang di dagu dan misai untuk menambah kedalaman dan menjelaskan garis rahang pipi.

  1. Muka Bujur

bujurDengan muka bujur, anda boleh menyimpan pelbagai jenis janggut yang orang lain tidak boleh kerana muka bujur memiliki kedua-dua ciri muka panjang dan bulat. Jadi, anda tidak perlu mengimbangi apa-apa. Cukup jika anda beri tumpuan kepada janggut anda untuk kelihatan kemas dan rapi.

Sumber: Fashionbeans

 

Show More

Related Articles

Back to top button