Isu SemasaTempatan

Kenali Masyarakat Islam Di Poland

“Islam telah menjadi agama kaum Tatar di Poland selama lebih 600 tahun. Kerana kaum Tatar tinggal jauh dari  pusat-pusat Islam utama, mereka telah membina masjid dan tanah perkuburan mereka sendiri, yang dikenali sebagai Mizar, dan juga menyalin  al-Quran untuk kegunaan mereka,” kata Prof Ataullah.

Sejarah dan kepentingan masyarakat Islam di Poland menjadi tumpuan di pameran yang sedang diadakan di Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM).

Dinamakan “Kaum Tatar – Umat Islam di Republik Poland”, pameran tersebut menceritakan asal-usul orang Tatar, yang merupakan salah satu kumpulan etno-agama utama di negara itu.

Sebuah gambar masjid di Kruszyniany, Podlaskie, Poland diambil di hujung abad ke 19.

Diadakan sehingga 30 April, pameran itu memaparkan gambar-gambar, dokumen sejarah dan perkara yang berlaku kepada mereka dari masa mereka mula menetap di Poland pada abad ke-14 sehingga ke awal abad 20-an.

Turut dipamerkan adalah imej dan dokumen-dokumen penting yang telah diarkibkan tentang kaum ini ketika mereka sedang mengharungi perang dunia.

Acara yang merupakan kerjasama antara IAMM dan Republik Poland di Kuala Lumpur, diadakan bertujuan untuk memelihara warisan dan budaya Islam.

Gambar menunjukkan tradisi memberi nama bayi masyarakat Islam di Poland

Ketika pelancaran itu diadakan pada Selasa lepas, pakar tamadun dan Sejarah Eropah dan Islam, Prof Dr Ataullah Bogdan Kopanski telah menyampaikan ceramah bertajuk  “Islam dan Hubungan antara negeri-negeri Islam di Poland”

Foto sebuah masjid yang terletak di Solonim

Bayaran masuk adalah RM14 untuk orang dewasa , RM7 untuk pelajar atau individu yang berumur di bawah 18 tahun. Masuk adalah percuma untuk kanak-kanak di bawah umur enam tahun.

Sumber:  The Star

Show More

Related Articles

Back to top button