Teknologi

5 Inovasi Teknologi Syarikat Penerbangan Yang Memukau

Industri penerbangan kini  sedang giat mencari inovasi kabin terbaru untuk menarik lebih ramai penumpang. Antaranya seperti tempat duduk yang lebih luas, perkhidmatan yang lebih cepat serta hidangan pancake segar.

Ekspo Dalaman Pesawat 2017 yang  diadakan di Hamburg mempamerkan inovasi-inovasi seperti meningkatkan ketumpatan kerusi, perkhidmatan dalam penerbangan automatik dan cara-cara baru menghiburkan penumpang.

Di samping kemajuan yang lebih praktikal, ada juga yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Inilah 5 inovasi berikut yang menjadi pilihan Bloomberg.

  • Pelayan Cyborg

Bosan apabila terlepas troli minuman di dalam pesawat? Altran yang berpangkalan di Paris telah mencipta sebuah robot pelayan yang mengambil pesanan minuman dan snek anda terlebih dahulu dan menghantarnya ke barisan anda. Troli yang boleh bergerak dengan sendiri ini juga boleh mengutip sampah di akhir penerbangan, ini memberikan lebih banyak masa untuk anak-anak kapal untuk memberi lebih tumpuan kepada isu-isu penting seperti keselamatan. Malangnya, ia tidak dilengkapi tangan,  jadi ia tidak boleh mengagihkan kopi panas kepada  penumpang yang duduk di sebelah tingkap.

Robot yang bakal mengambil dan menghantar pesanan anda
  • Pembunuh Kuman

Menggunakan teknologi  ultra ungu yang sudah lama wujud untuk membasmi kuman di hospital dan bekalan air perbandaran, GermFalcon akan mmenggunakan cahaya ultraungu di seluruh kabin untuk membersihkan tempat letak tangan, meja dan juga tandas. Ia kelihatan seperti sebuah troli minuman dengan tangan yang  boleh memusnahkan bakteria dan virus yang terdapat pada 54 kerusi dalam 1 minit.

Unit sanitasi daripada Germfalcon untuk membunuh kuman
  • Gourmet Terbang

Jika steak anda terlebih masak tidak lama lagi  anda boleh menghantarnya kembali. Lufthansa sedang mencipta alatan memasak yang selamat digunakan di dalam pesawat yang boleh menggoreng telur, membakar roti dan memasak nasi ketika berada 30,000 kaki  di udara. Jangan bimbang akan bau yang akan melekat pada baju anda apabila anda mendarat nanti kerana alatan  ini datang dengan penyerap asap serta kunci yang bertujuan untuk mengelakkan makanan tersebut tertumpah ketika di dalam pesawat.

Dapur canggih untuk digunakan di dalam pesawat
  •  Tingkap Interaktif
Tingkap interaktif di dalam pesawat

Vision Systems, yang berpangkalan di Lyon, Perancis, mahu syarikat penerbangan mengubah tingkap pesawat mereka menjadi skrin yang memaparkan hiburan dan maklumat yang boleh disentuh seperti skrin interaktif di telefon pintar. Ia boleh digunakan untuk melihat butiran penerbangan, memesan minuman serta membeli barangan. Anda juga boleh menikmati permandangan seperti biasa, skrin tersebut boleh dimalapkan supaya anda boleh melihat awan melalui cermin gelap.

  • Kerusi yang boleh menggelongsor

Molon Labe Designs mahu anda percaya,  kerusi yang boleh menggelongsor adalah penting di  masa hadapan.  Cadangannya adalah untuk mengatur semula ruang kabin dengan cara mencipta  kerusi di  sebelah ruang jalan yang boleh dibuka ke kerusi tengah untuk memperluaskan ruang koridor di pesawat. Syarikat yang berpangkalan di Denver ini juga bangga kerana mempunyai kerusi tengah yang paling luas di industri penerbangan-sebanyak 21 inci, dan mempunyai kedudukan yang lebih jauh ke belakang dan sedikit lebih rendah daripada kerusi-kerusi lain.

Kerusi yang boleh menggelongsor ke tengah bagi memberi ruang lebih kepada koridor dalam pesawat

Sumber:  The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker