AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Terbalikkan Bendera China, MP Hong Kong Didakwa

Seorang ahli parlimen Hong Kong bernama Cheng Chung-tai telah ditahan semalam (12/04/2017) kerana “menghina” bendera bandar itu dan juga China dengan menerbalikkannya di dalam parlimen.

Beliau menerbalikkan bendera China dan Hong Kong yang diletakkan oleh segelintir penggubal undang-undang pro-Beijing di atas meja mereka di Dewan Perundangan pada bulan Oktober lepas.

Insiden itu berlaku dalam apabila dua orang ahli dewan pro-kemerdekaan dilarang daripada mengambil tempat duduk mereka dalam sebuah majlis angkat sumpah.

Di bawah undang-undang Hong Kong, ia adalah satu kesalahan untuk menghina bendera kebangsaan dan wilayah dengan cara “membakar, merosakkan, menconteng, mencemarkan atau memijaknya secara terbuka dan sengaja.”

Selepas dibebaskan atas ikat jamin, Cheng menyatakan bahawa matlamatnya yang jelas adalah untuk menghapuskan sebarang perselisihan faham sebelum pemimpin pro-Beijing baharu, Carrie Lam memulakan tugasnya sebagai pemimpin Hong Kong bulan Julai ini.

Ujarnya lagi, Hong Kong menghadapi “pembersihan besar-besaran” dalam menentang suara-suara pro-demokrasi.

Bandar itu diserahkan semula kepada China oleh penjajah Britain pada tahun 1997 di bawah formula “satu negara, dua sistem”.

Tetapi, terdapat kebimbangan bahawa China mengganggu bandar separa autonomi itu dengan ‘merosakkan’ kebebasan dan gaya hidup di sana.

Malah, ada juga segelintir aktivis yang menimbulkan kemarahan kerajaan China dengan menuntut autonomi yang lebih besar atau kemerdekaan sepenuhnya untuk Hong Kong.

Baru-baru ini, seorang penunjuk perasaan dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada 4 tahun kerana merusuh dan melakukan pembakaran dengan niat jahat dalam sebuah protes pada tahun 2016 yang dikenali sebagai “Fishball Revolution.”

Terdapat juga beberapa aktivis terkemuka yang turut ditahan pada bulan lepas kerana terlibat dalam Umbrella Movement pada tahun 2014.

Dalam peristiwa itu, puluhan ribu orang memenuhi jalanan di Hong Kong selama 79 hari untuk menggesa reformasi pilihan raya, namun kempen itu gagal.

Sumber: Arab News

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button