Gaya HidupKesihatan

Pakar: Marmite Mungkin Meningkatkan Kekuatan Otak

Marmite merupakan ekstrak yis makanan yang telah dibotolkan hasil keluaran Britain.

Ia sebuah jenama yang tidak asing lagi bagi mereka yang biasa menggunakannya di rumah. Walaupun terdapat ramai yang suka akan perasa makanan yang berwarna perang gelap ini, terdapat  ramai juga yang tidak menyukainya.

Namun begitu, terdapat berita baik bagi mereka yang menyukai perasa makanan campuran masin dan masam ini dari pihak yang tidak disangka-sangka: Brain Science.

Kajian yang telah dilakukan ini mendapati bahawa peserta (yang telah menyertai kajian ini secara sukarela)  yang menjamah sebanyak satu sudu ekstrak yis perang gelap ini pada setiap hari,  nampaknya mempunyai bahan kimia neuron penting pada tahap yang lebih tinggi. Hal ini mempunyai kaitan dengan  keadaan kesihatan otak yang baik.

Menurut penyelidik, sebabnya terletak dalam kandungan vitamin  B12 yang tinggi dalam Marmite.

 

Kajian Saintifik Bukti Keberkesanan Marmite

Dalam sebuah kajian yang diterbitkan pada 5 April 2017, ahli psikologi di Universiti York yang terletak di utara England telah merekrut seramai 28 orang sukarelawan dan membahagikan mereka kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan menjamah satu sudu teh Marmite setiap hari selama sebulan. Manakala satu kumpulan lagi menjamah satu sudu teh mentega kacang setiap hari untuk tempoh yang sama.

Mereka kemudiannya, dipakaikan sarung kepala yang dilengkapi dengan elektrod-elektrod.

Sarung tersebut berfungsi untuk memantau aktiviti yang dihasilkan otak mereka apabila sedang melihat skrin yang mempunyai rangsangan visual.  Ia merupakan sebuah corak berbelang besar yang berkelip pada kadar yang tetap.

Mereka yang diberi Marmite menunjukkan pengurangan tindak balas yang besar terhadap rangsangan itu, kira-kira 30 peratus berbanding dengan kumpulan yang menerima mentega kacang.

Menurut penyelidik, kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of Psychopharmacology ini telah menunjukkan bukti kukuh bagaimana diet seseorang boleh mempengaruhi corak aktiviti yang dihasilkan otak.

Walaupun Marmite tidak pernah disiasat secara klinikal, namun kajian awal menunjukkan Marmtite meningkatkan tahap neurotransmitter penting yang dipanggil dengan nama,  gamma-amino-asid butyric (GABA).

 

Fungsi gamma-amino-asid butyric (GABA).

GABA bertindak sebagai sejenis brek kepada sel-sel otak yang terlalu cepat teruja. GABA mengikat kepada neuron-neuron dan mengurangkan aktiviti mereka, membantu untuk memberikan keseimbangan kepada otak.

Berkenaan hal ini, saintis sebelum ini telah mencipta teori, GABA dapat membantu untuk mengurangkan rasa takut atau kebimbangan yang terjadi apabila neuron dirangsang secara berlebihan.

Ubat anti-resah yang dikenali sebagai benzodiazepine misalnya, berfungsi dengan memantapkan keberkesanan GABA, namun begitu beberapa kejadian sawan sering dikaitkan apabila GABA berada pada tahap yang tidak normal.

 

Marmite Mampu Membantu Orang Menghidap Gangguan Neurologi

“Kajian ini menunjukkan bahawa menjamah Marmite mempunyai potensi yang baik untuk anda kerana ia seolah-olah meningkatkan utusan kimia yang  berkaitan dengan fungsi otak yang sihat,” ketua penyelidik, Daniel Baker dan Anika Smith memberitahu AFP.

“Ia berpotensi membawa manfaat yang baik bagi mereka yang menghidap gangguan neurologi  yang berkaitan dengan GABA.” Namun begitu,  pasangan itu menyatakan mereka bukan ahli perubatan atau pakar pemakanan, jadi mereka tidak boleh mengsyorkan had yang sesuai untuk individu yang ingin menjamah Marmite untuk meningkatkan kesihatan.

 “Bagaimanapun, tidak ada bukti yang  menunjukkan bahawa pemakanan Marmite secara biasa mempunyai apa-apa kesan negatif,” kata mereka.

 

Marmite Berbanding Mentega Kacang

d

Berbanding dengan jumlah mentega kacang yang sama, pasukan itu mendapati bahawa Marmite mempunyai kira-kira 116 kali lebih banyak vitamin B12, tiga kali lebih banyak vitamin B6, dan hampir dua kali ganda jumlah glutamat daripada yang dikandungi mentega kacang.

Kajian baru tersebut muncul dalam sebuah penerbitan yang telah disemak pakar, Jurnal Psychopharmacology.

Dianggap sebagai makanan tipikal rakyat  Britain, Marmite telah menjadi sebuah subjek hangat bagi mereka: sama ada ia makanan yang disukai atau dibenci oleh rakyat Britain.

Perdebatan ini telah  berterusan selama bertahun-tahun, sehinggakan ia melibatkan kempen yang bercorak gurauan di  media sosial untuk menghapuskan penambah perisa popular tersebut.

Satu jenaka oleh pengkritik Marmite adalah seperti berikut: “Saya mempunyai mood yang baik minggu lepas. saya telah  menyertai  sebuah pertandingan dan memenangi bekalan Marmite untuk setahun – hanya satu botol.

 

Show More

Related Articles

Back to top button