Bisnes & Ekonomi

Polisi Iklan Google Diubah Lagi

Dua minggu setelah iklan yang memaparkan video kebencian di Youtube diboikot, Google sedang mengambil lebih banyak langkah untuk membendung krisis yang telah meningkat lebih daripada jangkaan syarikat tersebut.

Jabatan utama Alphabet Inc, sedang memperkenalkan sistem baharu yang membolehkan syarikat luar mengesahkan kualiti iklan pada perkhidmatan videonya, di samping memperluaskan definisi ‘kandungan berbaur penghinaan’

Sekumpulan peiklan utama  menghentikan perbelanjaan ke atas rangkaian iklan digital YouTube dan Google selepas iklan yang diketengahkan berlangsung bersama video yang menggalakkan kebencian, keganasan dan perkauman. Tindak balas awal Google, yang telah berjanji akan adanya kawalan baru bagi peiklan gagal untuk mengelakkan boikot tersebut.

Krisis ini mencetuskan perdebatan yang kian hangat di sektor  pengiklanan digital berkenaan jaminan kualiti, atau piawai “keselamatan jenama” dalam talian.

Google sejak itu telah meningkatkan keupayaannya untuk menandakan video dan memadamkan dengan serta-merta iklan yang tidak sesuai, kata Ketua Pegawai Perniagaan Philipp Schindler kepada Bloomberg News dalam satu temu bual baru-baru ini. Johnson & Johnson, salah satu daripada pengiklan terbesar yang telah menarik balik perbelanjaan, berkata ia telah menterbalikkan kedudukannya dalam kebanyakan pasaran utama.

Kaedah Mengatasi Iklan-Iklan Tidak Sesuai di Youtube
Sejak boikot tersebut bermula, Google telah memperuntukkan lebih banyak alat  kecerdasan buatan (AI) untuk mentafsir koleksi video YouTube yang sangat besar. Syarikat yang merupakan perintis bagi bidang ini telah menggunakan kaedah pembelajaran mesin, sebuah AI kuat yang berfungsi untuk memberi peningkatan terhadap banyak produk dan perkhidmatan yang ditawarkannya, termasuklah video yang dicadangkan di YouTube dan servis iklan.

a

Mengelaskan secara automatik semua video, kemudian menandakannya dan menapis  kandungan adalah lebih sukar dan memerlukan usaha penyelidikan yang mahal – sesuatu  yang Google tidak  banyak beri tumpuan sehingga kini.

Kami telah bertukar sepenuhnya kepada model pembelajaran mesin terbaru dan terbesar kami,” kata Schindler. Kami tidak pernah menggunakannya untuk masalah ini, kerana ia adalah sebuah masalah yang sangat kecil, dan kami mempunyai sumber yang terhad.”

Apabila berunding dengan pelanggan pengiklanan yang besar, Google telah mendapat tahu  terdapat kira-kira satu per seribu satu peratus video YouTube daripada jumlah iklan yang dipaparkan berbaur toksik yang telah ditandakan.  Kata Schindler mengenai laporan media terbaru.

 Memantau Iklan Yang Menepati Piawai Yang Ditetapkan

Namun, dengan saiz YouTube, yang kian berkembang dengan pesat. Serta, perhatian mengenai isu itu selari dengan beban tekanan industri yang kian bertambah terhadap Google, penjual ruang iklan terbesar di dunia itu, memerlukan pengukuran piawai yang lebih ketat. Terdapat permintaan yang kerap terhadap Google untuk membolehkan syarikat-syarikat luar mengesahkan piawaian iklan  di YouTube.

Kini, Google telah membenarkan hal ini dengan mewujudkan “keselamatan jenama” sebuah saluran yang membolehkan iklan YouTube dipantau oleh rakan-rakan luar seperti comScore Inc dan Integral Ad Science Inc, menurut  jurucakap syarikat tersebut.

Google telah mencapai kemajuan dengan cepat dengan sendirinya, katanya. Menggunakan peralatan pembelajaran mesin yang baru, dan ” lebih ramai orang,” dalam tempoh dua minggu, syarikat itu telah menandakan iklan sebagai “bukan selamat,” atau memadamkan iklan, sebanyak lima kali ganda  berbanding sebelum ini.

“Tetapi ia adalah lima (kali) pada nilai yang paling kecil yang anda boleh bayangkan,” kata Schindler. “Walaupun ia merupakan masalah yang terlalu kecil dahulu. Kini, kami boleh buat ia  menjadi sekecil yang mungkin.

Pandangan Pengkritik

Terdapat pengkritik yang lantang mengatakan Google telah mengabaikan masalah ini. Beberapa penerbit dan agensi  iklan menggesa Google dan persaingnya Facebook Inc lebih aktif dalam mengawasi kandungan yang mereka siarkan dalam talian.

Dalam sebuah ucapan minggu lepas, Robert Thomson, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) News Corp,  pengkritik Google yang kerap berkata kedua-dua syarikat digital “telah makmur dengan jayanya dengan menjaja falsafah lama: tidak mahu untuk membezakan antara yang palsu dan sebenar kerana mereka membuat sejumlah wang yang banyak  daripada kedua-duanya”.

Boikot terhadap iklan di Youtube ini  telah memaksa Google untuk meningkatkan kawalannya.  Sebagai tindak balas awal, Google telah mengembangkan definisi ucapan benci dengan memasukkan kata-kata mengenai kumpulan terpinggir.

Kini Google menambah sebuah sistem penapisan baru yang berfungsi memadamkan iklan yang mempunyai “kandungan berbahaya dan menghina,” kata syarikat itu.

Hal itu  termasuk penggunaan bahasa yang menggalakkan stereotaip negatif mengenai kumpulan sasaran atau mendustakan “peristiwa-peristiwa sejarah yang sensitif” seperti Holocaust.

g
Beberapa penyelidik berpendapat paltform digital perlu bergantung kepada manusia untuk membuat keputusan ini. Kata Schlinder, dia telah menumpukan banyak tenaga kerja untuk menyelia isu-isu keselamatan jenama, tetapi menegaskan bahawa hanya kecerdasan mesin yang boleh berhadapan dengan saiz koleksi yang besar di YouTube.

“Masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh manusia dan tidak sepatutnya diselesaikan oleh manusia” katanya lagi.

Sumber: Straits Times

Show More

Related Articles

Back to top button