Sukan

Ke Piala Dunia Skateboarding

Remaja dari Sarawak akan mewakili Malaysia pada pertemuan berprestij di Republik Czech. Muhammad Nur Firdaus dari Sarawak akan mewakili negara di Piala Dunia Skateboarding siri Grand Prix Beroun di Republik Czech pada 23 dan 24 Jun. Skateboarder 22tahun berasal dari Bintulu itu mendapat tempat untuk Piala Dunia selepas memenangi pertandingan skateboarding Laksa Jam.

metd_laksa_randeep_1

 

metd_laksa_randeep_3

Beliau memenangi tanggungan sepenuhnya ke acara skateboarding itu di Eropah bersama RM1000 dalam bentuk wang tunai.

“Saya tidak sangka akan memenangi tetapi saya sangat gembira. Saya tidak yakin dengan tempat besar sebab kali terakhir saya di sini, saya hanya berjaya land beberapa tricks.

“Saya akan lakukan yang terbaik. Ia seperti mimpi terhadap saya, saya telah bermain skate selama 12 tahun dan saya tidak pernah keluar negara untuk pertandingan jadi saya semestinya menantikan persaingan,” katanya.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Laksamana Skateboard bersama dengan Menteri Belia dan Sukan, dengan satu misi: mencari pemain skate berpotensi untuk mewakili negara untuk acara skateboarding pada Olimpik 2020 di Tokyo.

 

Sumber The Star

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button