Isu SemasaPolitikTempatan

Pemimpin Yang Baik Akan Wujudkan Kerajaan Yang Baik

Dalam pentadbiran sesebuah kerajaan/negara, sifat adil, jujur, dan amanah merupakan antara elemen terpenting yang wajib ada pada seseorang pemimpin dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Pada masa yang sama, rakyat juga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dan memastikan seseorang pemimpin itu dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Memang tidak dinafikan bahawa setiap kerajaan di dunia ini akan menghadapi pelbagai masalah, di mana sesetengah masalah tersebut mungkin sukar dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Tetapi, untuk menyelesaikan segala masalah dengan lancar, sistem pentadbiran kerajaan perlu dijalankan dalam keadaan telus.

Lakaran Ibn Khaldun

Menurut Ibn Khaldun, seorang sejarawan Islam yang terkemuka pada suatu ketika dahulu, kerajaan yang bertahan adalah kerajaan yang baik dalam segala urusan negaranya. Kerajaan yang baik sudah semestinya akan dihormati dan disayangi oleh rakyat jelata.

Dalam erti kata lain, amat sukar untuk sesebuah institusi kerajaan yang baik itu tersungkur jatuh sehingga musnah. Walaubagaimanapun, sebuah kerajaan tidak akan wujud tanpa seorang pemimpin yang berwibawa kerana dialah yang akan mengetuai kerajaan yang dibina.

Seperti yang kita boleh lihat di mana-mana sahaja negara, terdapat segelintir pemimpin yang pada awalnya sangat aktif untuk turun padang dan mendekati rakyat, tetapi apabila sudah berjaya menerima mandat dan kepercayaan rakyat, sifat bongkak dan takbur turut muncul bersama.

Sebab itu sifat rendah diri  perlu sentiasa ada dalam diri seorang pemimpin. Memang tidak dinafikan bahawa seseorang pemimpin itu layak untuk disanjung dan dipandang tinggi, tetapi sifat bongkak dan takbur hanya akan menghancurkan segala ‘keistimewaan’ itu.

Gambar sekadar hiasan

Dengan adanya sifat rendah diri, martabat atau imej seseorang pemimpin itu tidak akan jatuh, malah ia akan meningkatkan lagi darjat serta rasa hormat rakyat kepadanya.

Walau tinggi mana sekali pun kedudukan seorang pemimpin itu, kita harus ingat bahawa mereka juga hanyalah manusia biasa yang tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

Menjadi pemimpin sesebuah kerajaan atau negara bukan perkara yang mudah dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada semua pihak.

Namun, sekiranya seorang pemimpin itu tersilap langkah dalam mana-mana aspek pentadbiran negara, dia harus menerima kritikan dan teguran pihak lain dengan hati yang terbuka.

Gambar sekadar hiasan

Pemimpin yang sombong dan tidak menerima teguran hanya akan mengakibatkan kucar-kacir dalam hal urus tadbir negara. Tanpa teguran, tidak akan ada peningkatan dan penambahbaikan.

Sebab itu dalam pentadbiran sebuah negara, perlu ada pihak pembangkang untuk sekat -imbangan (check and balance)  urus tadbir kerajaan.

Tetapi, pembangkang pula harus mengetahui bila dan apa yang perlu untuk dibangkang.

Bangkanglah secara logik dan rasional. Elakkan daripada membangkang atas alasan peribadi atau hanya semata-mata ingin membangkang tanpa asas.

img_4776
Gambar sekadar hiasan

Ini adalah satu tindakan yang tidak profesional dan akan hanya menjadi penyumbang kepada episod ‘pertelingkahan di antara kerajaan dan pembangkang’ yang tiada penghujungnya.

Sekiranya cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan itu baik, maka setujulah.  Jika ia tidak baik, maka bangkanglah.

 

Show More

Related Articles

Back to top button