Pengasas Grab
Artikel ini akan membawa anda untuk mengenali dengan lebih lanjut dua individu yang bertanggungjawab dalam penciptaan aplikasi popular Grab, Anthony Tan, 34 dan Tan Hooi Ling, 32 (tiada kaitan persaudaraan).
Anthony Tan merupakan seorang pelajar di Sekolah Perniagaan Harvard apabila dia ditarik oleh rakan sekelasnya ketepi untuk merungut tentang bagaimana sukarnya untuk menahan teksi di Malaysia.
“Kenapa dengan teksi di negara ini?” Anthony mengimbas kembali rungutan yang dibuat kawannya tiga tahun lalu. “Moyang awak merupakan seorang pemandu teksi, datuk awak memulakan industri kereta Jepun di Malaysia, jadi buatlah sesuatu tentangnya.”
Dia kemudiannya mula menyusun rancangan untuk memulakan perniagaan yang lebih kurang sama seperti Uber serta telah berjaya menawan hati pelabur-pelabur berpotensi dengan rancangan tersebut.
Ini menyebabkan anak bongsu daripada tiga beradik ini memilih untuk berhenti daripada perniagaan keluarganya pada tahun 2012 untuk memulakan GrabTaxi, sebuah aplikasi mudah alih yang berfungsi sebagai pemanggil teksi-teksi menggunakan teknologi pemetaan dan perkongsian lokasi.
Mengenai Grab
GrabTaxi, merupakan sebuah aplikasi teksi yang telah dimuat turun oleh 9 juta peranti mudah alih di 28 bandar yang terletak di enam negara – Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Thailand. Ia telah berjaya mengumpul sebanyak $ 700 juta setakat ini dalam lima pusingan pembiayaan daripada pelabur-pelabur seperti Softbank , GGV Capital, Tiger Global Management dan Vertex Venture Holdings, syarikat kepunyaan kerajaan Singapura.
Anthony Tan
Apabila Anthony Tan telah berjaya menamatkan pengajiannya di Sekolah Perniagaan Harvard pada tahun 2011, beliau dijangka akan menyertai kedua-dua abangya di dalam perniagaan milik keluarganya, Tan Chong Motors.
Sebaliknya, Tan, kini berusia 34 tahun, memutuskan untuk mencuba nasibnya dengan aplikasi teksi mudah alih yang pada asalnya beliau hanya melakar untuk sebuah peraduan yang dianjurkan pusat pengajiannya di Harvard.
Ibu Tan adalah antara orang pertama yang telah melabur dalam projek ini; namun bukan bapanya, Tan Heng Chew (bapanya telah disenaraikan oleh Forbes sebagai individu ke-16 paling kaya di Malaysia pada tahun 2015).

Datuk Sebagai Inspirasi
Walaupun begitu, bak kata pepatah âmanakan tumpah kuah kalau tidak ke nasiâ Anthony berkata, datuknya, Tan Yuet Foh, yang merupakan seorang usahawan yang merupakan inspirasinya. Beliau yang dulunya hanya merupakan anak seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur, kini telah berjaya membina sebuah empayar jualan dan pemasangan auto bertaraf multinasional.
Tan Yuet Foh, (datuk kepada Anthony) dan datuk saudaranya yang mengasaskan Tan Chong Motor. Ia bermula sebagai pengedar kenderaan motor kecil pada tahun 1950 sebelum berkembang menjadi syarikat pemasangan kereta untuk Nissan di Malaysia .
Tan pernah menyertai perniagaan keluarganya buat seketika selepas menamatkan pengajian di University  Chicago, bermula di bahagian kilang sebelum ditugaskan secara sementara di pelbagai jabatan, termasuk di bahagian-bahagian seperti khidmat pelanggan dan pemasaran.
“Saya hidup di bawah bayang-bayang datuk saya,” kata Anthony, yang pernah mempunyai pengawal peribadi sehingga dia berusia 13 tahun dan mempunyai seorang pemandu peribadi yang sering mengambil peluang menjana pendapatan dengan menawarkan servis Grabcar apabila Anthony sedang berada di luar negara. Menurut Anthony, “Jenama ini sudah dikenali ramai di rantau ini  dan ia agak memenatkan.”
Harapan Anthony
“Sama ada Grabtaxi ini akan membawa pulangan balik dari segi kewangan atau tidak, saya tidak tahu,” katanya. “Saya rasa ia tidak penting dengan  bahawa ini adalah satu-satunya peluang yang saya ada untuk melakukan perbezaan.” tambahnya lagi.
Tan Hooi Ling
Merupakan seorang remaja pada tahun 90-an, Tan Hooi Ling berkata dia sentiasa minat akan gajet serta berminat untuk mengetahui bagaimana sesetengah perkara berfungsi. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila dia menjadi salah seorang pengasas salah satu teknologi yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara
Amalkan Sikap âLow-Profileâ
Mengaku dirinya seorang yang pendiam, beliau mengamalkan sikap yang lebih âlow-profileâ daripada Anthony Tan, pengasas Grab yang lebih dikenali ramai. Namun begitu dia mengulas, “Sebenarnya itulah cara yang saya suka. Kami  mempunyai kekuatan  masing-masing yang saling melengkapi seperti Yin dan Yang. Dia yang memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti pemasaran, dan hubungan dengan pelabur. Saya pula suka akan prosesnya.. memastikan mereka  yang terlibat dalam perkara ini menyiapkan kerja mereka . “
Tan menekankan dia sentiasa terlibat dengan “Grab,” dan hanya pergi ke McKinsey kerana dia “terikat” dengan firma itu, Â kerana firma itu yang membayar yuran pengajiannya ketika di sekolah perniagaan. Beliau menyatakan bahawa apabila GrabTaxi pertama kali dilancarkan sebagai MyTeksi di Malaysia dia mengambil cuti selama enam bulan di McKinsey untuk melancarkan syarikat tersebut.
Beliau berkata keputusannya untuk meninggalkan Amerika ialah kerana keadaan peribadi beliau telah berubah. Dia yang memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) di Grab berkata “yang utama bukannya jawatan itu  tapi yang anda lakukan,” termasuk memberi tumpuan kepada 3 bidang utama, produk – selain GrabTaxi, ada GrabHitch, perkhidmatan berkongsi kereta, GrabCar, untuk menyewa kereta secara sendirian, dan GrabBike – bahagian sumber manusia dan pengalaman pelanggan.
Tan berkata matlamatnya adalah “untuk membuat GrabTaxi sebesar yang boleh. Saya fikir Grab telah bermula sebagai  sebuah platform teksi, kemudian menjadi sebuah platform pengangkutan, malahan ia boleh menjadi sebuah platform untuk pelbagai perkara di Asia Tenggara. “
Tan Wanita Berjaya di Sektor STEM
Walaupun agak luar biasa bagi seorang wanita untuk berjaya dalam sektor teknikal, Tan berkata, dia tidak pernah berasa diskriminasi jantina menjadi sebuah isu. Ini kerana beliau berkata Grab mempunyai ramai pekerja wanita tetapi mengakui kebanyakan juruteranya adalah lelaki (90%). Beliau berkata ini kerana tidak ramai perempuan yang mahu  mengambil jurusan sains komputer kerana itulah yang mereka ingin lakukan, namun ia adalah salah, jika mereka tidak berada dalam bidang ini kerana telah diberi gambaran oleh masyarakat bahawa wanita tidak boleh berada dalam sektor ini.
Fokus Terhadap Asia Tenggara
 Menurut Tan, dia dan Anthony ghairah tentang Asia Tenggara. Pertama  kerana “ia adalah rumah kami,” dan kedua, “jika anda melihat mana-mana syarikat global yang lain, negara-negara di Asia Tenggara jarang berada dalam senarai pelaburan merekaâ. Kami tahu  orang lain tidak akan  peduli mengenai perkara-perkara yang berlaku di Asia Tenggara  dan meletakkan usaha (melabur) untuk menjaganyaâ
Persaingan antara Grab dan Uber
Namun begitu, Grab mempunyai pesaing dalam bidang ini, terutamanya Uber, yang mempunyai sokongan dana yang besar (ia telah berjaya mengumpul  $8 bilion dalam pembiayaan). Grab berkata Uber merupakan peneraju pasaran di Asia Tenggara, berdasarkan bilangan pemandu dan penggunaan penumpang.
Menurut pembekal data Pitchbook, Grab mempunyai nilai pasaran sebanyak $1.5 bilion. Tan tidak tertarik kepada penilaian syarikat, malah beliau hanya mengatakan bahawa dia adalah seseorang yang sentiasa berjimat cermat,” dan kekayaannya dimlilikinya tidak pernah mengubah gaya hidup beliau.
Sumbangan Grab Kepada Masyarakat
Anthony berkata firma itu amat bangga dengan bagaimana ia telah membantu membina banyak kehidupan yang lebih baik. “Kami sedang mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan pendapatan. Kami mempunyai lebih 500,000 pemandu di seluruh Asia Tenggara … Selepas menyertai Grab, pemandu kami telah dapat melihat sekurang-kurangnya peningkatan sebanyak 35% dalam pendapatan harian mereka.” Ia juga sedang memupuk bakat dalam sektor kejuruteraan, tambah Anthony lagi.
Sumber: Forbes, Straits Times & Bloomberg