Bisnes & EkonomiTempatan

Lelaki Tukar Nurseri Jadi Jurassic Park

Seorang pemilik nurseri telah menukar minatnya terhadap dinosaur menjadi tarikan pelancongan terbaru di Muar, Johor. Pemilik Don Hu Jurassic Park, Heng Chiang Hwee, 36, telah mengembangkan lapan koleksi replika dinosaur kepada 42 di nurseri beliau dalam tempoh empat tahun yang lalu.

Antara koleksinya adalah Tyrannosaurus Rex berukuran 12.8m tinggi, Triceratops, Pachycephalosaurus dan Stegosaurus.

cxxm1upuqaas3_n
replika dinosaur di don hu jurassic park

Pada mulanya, beliau hanya melakukannya secara suka-suka kerana seluruh keluarganya, termasuk dua orang anaknya, sukakan makhluk purba tersebut. Mereka dahulunya meletakkan replika dinosaur di nurseri sebagai hiasan. Tetapi selepas beberapa ketika, orang ramai mula tertarik dengan replika itu dan mula mengambil gambar.

Heng bersama replika dinosaur
Heng bersama replika dinosaur

Heng mengalu-alukan kedatangan pelawat ke nurseri dan membenarkan mereka untuk mengambil gambar tanpa dikenakan bayaran dengan dinosaur bergerak, yang direka khas dari China dan Malaysia.

Lelaki itu merancang untuk mempunyai 100 replika dinosaur dalam tempoh tiga tahun dan akan memperkenalkan lebih banyak barangan dinosaur.

Heng, yang mempunyai 16 tahun pengalaman dalam landskap akan menggunakan sehingga 5.6 hektar tanah di nurseri beliau untuk pelbagai tarikan terutama yang berkaitan dengan dinosaur.

Rata-rata pelawat yang datang membawa anak-anak mereka untuk mengunjungi nurseri berkenaan amat kagum dengan usaha yang dilakukan Heng. Mereka amat teruja melihat dinosaur besar yang dilengkapi dengan peranti bunyi dan boleh bergerak seperti dinosaur sebenar. Mereka juga yakin taman ini akan menarik lebih ramai pelancong ke daerah itu.

Sumber: the star

 

Show More

Related Articles

Back to top button