AntarabangsaIsu Semasa

Jepun: Hanya Setahun Untuk Dapat Status Penduduk Tetap

Kementerian Keadilan Jepun telah merancang untuk memudahkan proses mendapatkan status penduduk tetap bagi pakar profesional asing yang berkemahiran seperti penyelidik dalam bidang canggih pada akhir bulan Mac lalu.

Kementerian itu bercadang untuk membenarkan warga asing menukar status penduduk tetap hanya selama selepas satu tahun bermastautin di negaranya.

Dalam sistem kawalan imigresen semasa di Jepun yang diperkenalkan pada tahun 2012, pekerja asing dinilai dari perolehan mata berdasarkan ciri-ciri peribadi mereka, termasuk pekerjaan, pendapatan dan latar belakang akademik.

Warga asing yang mempunyai 70 mata atau lebih diiktiraf sebagai “profesional berkemahiran tinggi” dan diberikan status penduduk tetap dalam tempoh lima tahun.

1
Penduduk Jepun merupakan ke-10 teramai di dunia.

Melalui perubahan sistem baru, pekerja asing perlu mengumpul sekurang-kurangnya 70 mata untuk mendapat status penduduk tetap dalam tempoh tiga tahun, dan satu tahun sahaja bagi mereka yang mempunyai 80 mata atau lebih.

Seramai 6,298 warga asing telah disahkan sebagai profesional yang berkemahiran tinggi pada akhir Oktober tahun lepas. Daripada mereka, kira-kira satu pertiga dijangka akan mendapatkan status penduduk tetap dalam masa setahun di bawah sistem baru ini.

Usaha kerajaan Jepun ini adalah sebahagian daripada strategi pertumbuhan ekonominya. Ini dilihat sebagai perubahan drastik kerana sebelum ini, pendatang terpaksa tinggal di negara itu selama 10 tahun untuk menjadi penduduk tetap.

 Walau bagaimanapun, ini bukan kali pertama Kementerian tersebut memperkenalkan perubahan seperti ini. Pada tahun 2012, mereka melaksanakan sistem berasaskan mata untuk memendekkan penantian bagi pemohon yang mahir dalam tiga kategori: aktiviti lanjutan akademik penyelidikan, aktiviti teknikal lanjutan, dan aktiviti perniagaan pengurusan maju.

Mereka yang mendapat tempat yang baik dalam kategori ini dianggap layak untuk menjadi penduduk tetap selepas lima tahun hidup di negara matahari terbit itu.

Sumber: Japantimes

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close