Hiburan

Anggota Asal Power Rangers: Di Mana Mereka Sekarang?

Filem terbaru pembikinan semula siri TV hit  tahun 90 an – Power Rangers memaparkan sebuah pasukan baru yang terdiri daripada 5 remaja yang berhadapan dengan musuh ketat mereka Rita Repulsa. Siri TV  yang bermula dari tahun 1993 ini terdiri daripada 24 musim. Filem ini memaparkan  kembali penceritaan daripada musim pertama siri TV  tersebut -Mighty Morphin’ Power Rangers.

Lebih  menggembirakan peminat siri TV itu, dua orang anggota pasukan asal Power Rangers akan membuat kemunculan singkat dalam filem baru tersebut.

Kehadiran pelakon asal siri TV popular ini  di tayangan perdana filem tersebut di  Los Angeles baru-baru ini turut mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Berikut adalah  keadaan mereka kini setelah sekian lama meninggalkan siri tv sensasi itu.

Austin St John (Ranger Merah)

austin-st-john-740x400

Dilahirkan sebagai Jason Geiger beliau menggunakan nama ‘Austin St John’ apabila melibatkan diri dalam bidang lakonan. Ini kerana pasukan pengurusan beliau ketika itu berasa, nama Jason Geiger bukanlah nama yang sesuai dan hebat untuk beliau boleh terus kekal bidang hiburan.

Namun begitu, St John akhirnya dapat ketawa besar apabila mengetahui nama bagi  watak Ranger merah itu telah berubah menjadi – Jason Lee Scott.

Seorang wira sebenar, beliau yang kini berusia 41 tahun pernah ditempatkan di Timur Tengah selama beberapa tahun sebagai paramedik dan pernah menjalani latihan sebagai ahli bomba. Baru-baru ini beliau telah mengumumkan kepulangannya dalam bidang lakonan.

Walaupun dalam siri TV  itu Jason merupakan ketua bagi pasukan Ranger yang  asal, beliau sebenarnya merupakan ahli  termuda daripada kesemua barisan pelakon siri TV tersebut.

Thuy Trang (Ranger Kuning)

Ketika usianya hanya 27 tahun, Trang telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan kereta yang tragik pada tahun 2001. Dilahirkan di Bandar Ho Chi Minh (ketika itu dikenali sebagai Saigon) pada tahun 1973, kedua ibubapanya merupakan pencari suaka dari Vietnam. Watak Trini Kwan iaitu Ranger Kuning, merupakan watak lakonan utama Trang yang pertama. Selain itu, bapa Trang telah mendedahkannya dengan ilmu kung fu dari masa dia kanak-kanak lagi .

3_qbrl

 Beliau juga adalah sebahagian daripada tiga orang ahli, yang memilih untuk meninggalkan rancangan itu, bersama dengan St John dan Ranger Hitam,  Walter Jones akibat berlakunya pertengkaran melibatkan bayaran gaji mereka selepas rancangan itu telah berjalan selama satu setengah musim.


Walter Jones (Ranger Hitam)

Dilahirkan di Detroit, Michigan, Jones memegang watak sebagai Zack Taylor, Ranger hitam yang  suka bergurau dengan ahli pasukannya.

walter-jones-1

Sebagai seorang pelakon, Jones telah membuat penampilan dalam beberapa rancangan televisyen seperti Buffy The Vampire Slayer dan CSI: Crime Scene Investigation. Namun,  dia mungkin lebih dikenali sebagai individu yang telah menyuarakan watak-watak dalam filem animasi Open Season 2 dan Cloudy with A Chance of Meatballs 2.

 David Yost (Ranger Biru)

david-yostWatak Yost yang dipegang Billy Cranston, merupakan salah seorang daripada anggota Power Rangers yang paling lama telah berkhidmat sebagai seorang Ranger. Beliau telah memegang watak Yost untuk empat musim, namun meletakkan jawatan sebagai seorang Power Ranger dalam musim keempat, untuk  menjadi penasihat teknikal di pusat arahan Rangers.

Amy Jo Johnson (Ranger Merah Jambu)

amy-jo

Dengan watak beliau sebagai Ranger Merah Jambu yang asal, Kimberley Hart, Johnson telah berjaya menawan hati ramai budak lelaki yang sedang meniti zaman awal remaja pada tahun 90-an .

Hubungan percintaan yang bersesuaian dengan penonton kanak-kanak, antara Hart dan Ranger Hijau/Putih, Tommy juga merupakan salah satu plot yang berkekalan sepanjang siri tv ini dipamerkan.

Pemegang watak Ranger merah jambu yang pertama ini, mempunyai latar belakang dalam bidang gimnastik. Kebolehan ini telah banyak membantu beliau dalam melaksanakan pelbagai babak-babak aksi.

Latihan dalam bidang teater di Lee Strasberg Teater Institute yang telah diterimanya, telah membolehkan wanita yang kini berusia 46 tahun, menikmati kejayaan yang paling hebat sebagai seorang pelakon dalam kalangan rakan-rakan pelakon Power Rangers. Johnson telah berjaya memegang  watak utama dalam siri TV Felicity ciptaan J.J. Abrams untuk tiga musim.

Kata Johnson dalam satu temu bual dengan Digital Spy: “Walaupun pada hakikatnya siri televisyen Power Rangers ini  bukan sebuah rancangan TV yang mempunyai ahli kesatuan pekerja dan saya telah dibayar dengan jumlah wang sangat sikit serta hampir meninggal dunia beberapa kali kerana melakukan babak-babak aksi yang merbahaya, saya sentiasa bersyukur dengan peluang yang diberi. ”

Jason David Frank (Ranger Hijau/ Putih)

15780229_l-e1403162014893

Kerana sering membuat kemunculan yang tetap di konvensyen-konvensyen, Frank merupakan ahli Ranger  yang paling dikenali dan sering dikaitkan dengan pasukan Ranger yang asal.

Wataknya, Tommy Oliver, sering  dianggap oleh ramai peminat sebagai seorang Power Rangers yang hebat, kerana telah menjalankan peranan sebagai Ranger Hijau, Putih, Merah dan Hitam dalam enam musim yang berbeza selama bertahun-tahun rancangan  ini ditayangkan.

Frank, 43 tahun, mempunyai pengetahuan mengenai pelbagai bentuk seni mempertahankan diri, sehingga mempunyai gaya American Karate yang tersendiri.

Pada tahun 2010, beliau pertama kali melibatkan diri  secara profesional dalam seni pertahanan diri campuran. Apabila Frank kembali sebagai Ranger Hitam dalam Power Rangers Dino Thunder pada tahun 2004, beliau mempunyai tatu yang meliputi kedua-dua tangannya. Kerana memiliki tatu tidak dianggap mesra kanak-kanak, beliau sentiasa dilihat memakai baju lengan panjang.

Sumber: Star2

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button