Isu SemasaTempatan

Mengapa Ramai Belia Menganggur?

Kadar pengangguran, terutamanya di kalangan graduan pada zaman kini dilihat semakin meningkat dan berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, 161,000 (8.8%) daripada 400,000 penganggur adalah belia yang berusia 20 hingga 24 tahun.

Datuk Seri Abdul Wahid Omar, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Sumber: globaltransformation.com

Berdasarkan Kajian Tenaga Buruh tahun 2015 yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pula, seramai 59,700 orang penganggur terdiri daripada kalangan graduan yang mempunyai lulusan ijazah.

Memandangkan belia adalah aset utama dalam aspek pembangunan modal insan, isu ini harus di pandang lebih serius demi merealisasikan impian kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang produktif dan maju.

Persoalannya, apakah punca peningkatan pengangguran ini?

Gambar sekadar hiasan – Sumber: democracy-news.com

Memiliki pekerjaan pilihan/idaman dengan gaji yang ‘memuaskan’ menjadi impian setiap orang insan. Tetapi, dalam era yang penuh dengan persaingan ini, kita tidak boleh menjadi terlampau memilih.

Sikap terlalu memilih ini menjadi salah satu punca utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

Seperti yang kita lihat, kerajaan telah mengusahakan pelbagai inisiatif dalam mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan baru, tetapi masih ramai lagi belia yang terlalu memilih dan tidak mahu cuba lakukan pekerjaan yang ‘lari’ daripada bidang mereka.

600-471468110-choosy-person-job-search
Gambar sekadar hiasan – Sumber: http://www.buzzle.com

Mungkin akan ada segelintir pihak yang kata “oh, belajar mahal-mahal, tapi last2 dapat kerja lain. Buat rugi je belajar dalam bidang tu”, dan macam-macam lagi.

Tetapi, lebih baik ada pekerjaan daripada tiada langsung bukan? Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk belia atau graduan meluaskan pengalaman serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai perkara.

Selain itu, satu lagi faktor yang sering menjadi ‘penghalang’ kepada belia untuk mendapatkan pekerjaan adalah kekurangan kemahiran diri.

Kekurangan kemahiran yang dimaksudkan ini adalah dari segi etika kerja, keyakinan diri, kreativiti, komunikasi dan juga kemahiran analisis.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: http://www.linkedin.com

Perkara ini turut menjadi penyumbang dalam kegagalan belia untuk mempamerkan prestasi kerja yang baik dan mendapat tempat dalam pasaran kerja semasa.

Menurut satu kajian yang dikendalikan oleh JobStreet, berikut adalah maklum balas majikan terhadap pekerja belia:

  • 70% majikan mempunyai pandangan bahawa taraf graduan daripada universiti tempatan adalah sederhana.
  • 24% majikan berpendapat bahawa mereka ini tidak mencapai tahap memuaskan.
  • Hanya 6% sahaja majikan yang mempercayai bahawa graduan ini berada di tahap yang bagus.

Seperti yang telah dibincangkan di atas, antara aduan utama majikan adalah terhadap sikap negatif belia terhadap kerja serta kemahiran berkomunikasi.

Untuk menangani isu pengangguran ini, golongan belia perlu menjadi lebih terbuka dalam menerima apa sahaja pekerjaan yang ditawarkan.

Job opportunities
Gambar sekadar hiasan – Sumber: http://www.southampton.ac.uk

Sekiranya tidak berminat juga, mungkin belia boleh mengambil inisiatif untuk menghadiri kursus-kursus keusahawanan dan memulakan perniagaan sendiri.

Kerajaan juga telah mengambil langkah yang proaktif dalam menyediakan pelbagai program dalam usaha memperkasakan kemahiran belia sekali gus membina modal insan yang berkualiti untuk masa depan negara.

Berikut adalah program-program yang disediakan:

  • Skim Kemahiran dan Kerjaya 1Malaysia (SKK1M)
  • Sistem Latihan Dua Nasional (SLDN)
  • 1Malaysia Skills Training and Enhancement for the rakyat (1MASTER)
Gambar sekadar hiasan – Sumber: slimdietprogram.blogspot.com

Kesimpulannya, belia harus mempunyai pendirian yang positif dan menggunakan segala peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Seperti peribahasa “hendak seribu daya, taknak seribu dalih.”

Percayalah bahawa rezeki itu ada di mana-mana. Kita hanya perlu rajin mencarinya dan terus berusaha tanpa mengenal erti menyerah kalah.

Sumber: Eurasia Review, Malaysian Access
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker