Sukan

Leroy Sané Adalah Masa Depan Jerman – Ballack

Salah seorang pemain yang pasti akan bermain dalam setiap perlawanan Manchester City pada ketika ini adalah sayap Jermain Leroy Sane. Pemain muda ini terima banyak banyak pujian daripada dunia bola dan juga termasuk bekas bintang Jerman dan Chelsea, Michael Ballack.

leroy-sane_o6r7kqs8h7q17aqsyuj8b6av

 

“Saya kagum dengan pergerakan fizikalnya sejak dia berpindah daripada Schalke,” kata Ballack.

sane-celebrates

“Dia menyesuaikan diri begitu cepat dengan Liga Perdana dan dia ada keyakinan untuk menggelecek, dan dia tidak takut untuk bertemu pertahanan.

“Kadang-kadang dia akan diterjah tetapi dia bangun semua dan tidak menyorok. Dia akan mencuba sekali lagi dan tidak takut akan cabaran. Dia meningkat permainannya begitu banyak, kerana kebolehan fizikalnya untuk melakukan larian.

“Visinya bersama bola sangat bagus. Kaki kirinya, dia mempunyai sentuhan yang bagus dan saya pasti Pep Guardiola sebagai jurulatih, dia akan belajar dan belajar dan belajar lebih lagi sewaktu dia membesar.

“Dia menunjukannya bersama pasukan kebangsaan semasa dia bermain bulan lepas. Dia sangat berkualiti, tidak gementar dan beraksi dengan baik. Saya yakin dia akan menjadi salah satu pemain utama di masa hadapan untuk Jerman.”

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button