AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Adakah Filipina Berhak Menuntut Sabah Dari Malaysia?

Tuntutan Filipina ke atas negeri Sabah merupakan satu isu yang telah berlarutan buat sekian lama.

Sebelum ini, Sabah sebelum dikenali sebagai Borneo Utara sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Menurut Mohd Hazmi Mohd Rusli, pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, melalui artikelnya di laman Astro Awani, Sabah juga pernah berada di bawah jajahan Kesultanan Brunei pada suatu ketika dahulu.

Borneo Utara, nama Sabah sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 – Sumber: www.astroawani.com

Atas penghargaan Sultan Brunei terhadap Sultan Sulu dalam membendung perang saudara yang berlaku di Brunei pada tahun 1658, baginda telah menghadiahkan negeri Sabah kepada Sultan Sulu.

Pada kurun ke-17 sehingga 18, pengaruh dan kuasa Kesultanan Sulu berkembang dengan luas dan ini merangkumi wilayah moden Sabah dan juga selatan Filipina.

Namun begitu, zaman kegemilangan tersebut tidak kekal lama dan mula musnah pada era penjajahan negara barat.

Filipina kemudian telah ditewaskan oleh penjajah Sepanyol, lalu pihak British mengambil langkah untuk berkuasa di Sabah.

Pada 22 Januari 1878, Sultan Sulu serta dua lagi agen British, Alfred Dent dan Baron von Overback (berbangsa Jerman) telah menandatangani satu perjanjian, di mana Sultan Sulu bersetuju untuk menyerahkan atau ‘menyewakan Borneo Utara buat selama-lamanya’ kepada British dengan bayaran sebanyak 5,000 dolar Malaya setiap tahun kepada Sultan Sulu.

220px-alfreddent
Penjajah British, Alfred Dent – Sumber: en.wikipedia.org

Amerika Syarikat juga turut memainkan peranan apabila mereka menghapuskan kedaulatan politik Sultan Sulu selepas menandatangani satu perjanjian yang dinamakan sebagai ‘Perjanjian Carpenter’ pada 22 Mac 1915.

Pada zaman Perang Dunia Kedua, Jepun telah mengalahkah British dan menjajah Tanah Melayu sehinggalah mereka menyerah kalah pada tahun 1945, akibat pelepasan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

Keratan akhbar mengenai pertubuhan Persekutuan Malaysia 1963 – Sumber: www.youtube.com

Sejak tahun 1945, British telah menjadikan Sabah sebagai koloni mahkota mereka sehingga kemerdekaan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun 1963.

Pada tahun yang sama, Filipina mula menuntut semula Sabah tetapi akihrnya bersetuju untuk menghentikan tuntutan tersebut pada tahun 1977.

Tahun 2013 merupakan antara tahun hitam bagi rakyat Malaysia, kerana Lahad Datu telah diceroboh oleh pengikut Sultan Sulu, Jamalul Kiram yang ingin menuntut ‘hak’ mereka (Sabah).

Peristiwa berdarah itu telah mengorbankan nyawa 10 orang anggota keselamatan Malaysia.

Presiden baharu Filipina, Rodrigu Duterte – Sumber: freemalaysiatoday.com

Presiden baharu Filipina, Rodrigo Duterte telah berikrar untuk terus menuntut Sabah daripada Malaysia, di atas dasar pertalian tradisi Sabah dengan Kesultanan Sulu yang telah dihapuskan oleh mereka sendiri pada zaman dahulu.

Persoalannya sekarang, adakah Filipina berhak untuk menuntut Sabah daripada Malaysia?

Jawapannya adalah TIDAK.

Mohd. Azmi berkata, “Undang-undang antarabangsa menetapkan beberapa cara bagi sesebuah negara untuk mendapatkan wilayah secara sah, antaranya ialah menerusi penjajahan, preskripsi dan serahan.”

Ujarnya lagi, sesebuah negara boleh mendapatkan kedaulatan ke atas mana-mana wilayah sekiranya kedaulatan ke atasnya ditukar atau diserahkan oleh sesebuah negara ke negara yang lain.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – Sumber: twitter.com

Sejak Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tempat pada tahun 1945, penjajahan tidak lagi menjadi kaedah pemilikan yang sah di sisi undang-undang.

“Sabah telah diserahkan kepada British oleh Kesultanan Sulu pada 1878, dan akhirnya kepada Malaysia pada tahun 1963 apabila Persekutuan Malaysia dibentuk hasil gabungan koloni-koloni British iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Negara Malaya yang berdaulat”, kata Mohd. Azmi.

Gambar sekadar hiasan – Sumber: www.fitnahsabah.com

Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia melalui kaedah serahan dan preskripsi yang sah dan tuntutan Filipina ini disifatkan sebagai satu tuntutan yang ‘kurang berasas’.

Tegas beliau lagi, Sabah telah di iktiraf penuh oleh masyarakat antarabangsa selama 53 tahun sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia dan kedudukan tersebut harus dihormati dan dilindungi.

Sumber: Astro Awani
Show More

Related Articles

Back to top button