AntarabangsaIsu Semasa

Senjata Kimia Yang Membunuh Warga Syria

Baru-baru ini, lebih daripada 70 orang warga Syria maut akibat serangan gas yang dilancarkan di bandar Khan Sheikhoun.

Menurut sebuah badan kebajikan perubatan, Medecins Sans Frontieres (MSF), mangsa-mangsa yang terlibat telah ‘mati lemas’ selepas terdedah dengan gas sarin dan klorin.

Simptom mereka termasuk mata terbeliak, kekejangan otot, dan membuang air besar secara tidak sedar.

Amerika Syarikat sebagai kuasa besar nombor 1 dunia mempercayai bahawa gas itu dijatuhkan oleh pesawat milik Syria.

MSF berkata, pasukan perubatannya juga dilaporkan membau peluntur di beberapa hospital yang merawat mangsa, di mana mereka juga terdedah dengan gas klorin.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut mendakwa bahawa mangsa menunjukkan simptom seperti mereka terkena agen saraf lalu mengalami masalah pernafasan, tetapi tidak cedera pada bahagian luaran.

APA ITU GAS SARIN?

120612_sb_sarin_640
Gas Sarin – Sumber: www.video.foxnews.com

Dalam bentuk aslinya, gas sarin adalah satu cecair yang jernih, tidak berwarna dan tidak mempunyai rasa atau bau.

Ia dibuat daripada 4 bahan kimia yang biasa, iaitu dimethyl methylphosphonate, phosphorus trichloride, sodium fluoride dan alkohol.

Sarin adalah gas buatan manusia dan sebahagian daripada senjata kimia bergelar “G-Series Nerve Agents” yang dihasilkan oleh saintis Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Pada suhu bilik, agen saraf Siri-G bertukar menjadi wap atau gas, dan sarin adalah yang paling merbahaya.

BAGAIMANA GAS SARIN MEMBUNUH?

05syria2-master1050
Mangsa-mangsa serangan gas – Sumber: www.nytimes.com

Sarin akan mengganggu  neurotransmitter asetilkolina, yang berfungsi sebagai ‘suis mati’ untuk otot dan kelenjar. Menyekat ‘suis’ tersebut akan menyebabkan rangsangan berlebihan kepada otot.

Ia juga boleh memberi kesan keracunan kepada mangsa, tetapi bergantung kepada berapa banyak dan berapa lama seseorang itu terdedah terhadap gas itu.

Dos besar gas sarin boleh menyebabkan pengsan, sawan, lumpuh, kegagalan pernafasan, dan kematian.

APA ITU GAS KLORIN?

chlorine-gas-syria-still
Gas klorin – Sumber: www.forces.net

Klorin dalam bentuk cecair atau tablet dijumpai di beberapa produk isi rumah dan ia selalunya digunakan untuk membersihkan kolam renang.

Namun, ia kadang kala datang dalam bentuk gas beracun berwarna kuning-kehijauan.

Ia adalah satu bahan yang sangat bertoksik dan reaktif terhadap badan manusia.

Gas Klorin juga digunakan sebagai senjata oleh Jerman semasa Perang Dunia Pertama.

Sehingga kini, ia kekal sebagai senjata kimia yang paling mudah dicipta dan turut digunakan semasa peperangan Iraq pada 2007 dan kini di Syria.

BAGAIMANA GAS KLORIN MEMBUNUH?

Mangsa gas klorin – Sumber: www.channel4.com

Gas klorin boleh bertindak balas dengan air di dalam lapisan paru-paru dan membentuk asid hidroklorik.

Ini akan merosakkan fungsi paru-paru untuk membawa masuk 0ksigen.

Oleh itu, mangsa yang terdedah akan mati akibat kekurangan oksigen apabila gas itu digunakan dengan cukup.

Sumber: Sky News

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker