Gaya HidupKesihatan

Tips Untuk Memilih Kasut Yang Selesa

Apabila kaki anda sakit, keseluruhan tubuh anda juga akan sakit. Lebih memburukkan keadaan apabila anda memakai kasut yang tidak sesuai. Keadaan ini boleh mencederakan kaki, menyakitkan bahagian belakang badan, pada kesimpulannya ia boleh membuat anda menderita. Jika anda memiliki beberapa pasang kasut yang membuat anda menderita, pertimbangkanlah beberapa tip ini supaya anda dapat membeli kasut yang selesa.

Foot pain podiatry medical concept as a symbol for painful inflammation or toe injury as a group of sharp barb wire wrapped around the human feet anatomy.Membeli Belah Kasut Pada Waktu Tengahari

Walaupun pada waktu pagi kebanyakan kedai kasut tidak mepunyai ramai pelanggan dan ada ramai pembantu jualan untuk membantu anda mencari saiz kasut yang sesuai dengan kaki anda, kaki kita sebenarnya mengembang sepanjang hari. Kaki anda adalah dalam keadaan paling kecil di waktu pagi, jadi jika anda membeli kasut  yang pada anda selesa di waktu pagi, kemungkinan besar apabila tibanya waktu tengahari anda akan merasa kasut tersebut menjadi sempit.

qPerhatikan ‘Toe Box’ (Ruang  Jari Kaki)

Kasut yang runcing sepatutnya boleh memuatkan kesemua jari kaki anda dengan selesa, malahan anda sepatutnya masih punya ruang untuk menggerakkan jari kaki anda.  Seorang tukang kasut boleh melebarkan ruang jari kaki sedikit,  namun begitu adalah lebih baik anda membeli kasut yang betul-betul sesuai dengan anda.  Jika anda mempunyai kaki yang lebar carilah jenama kasut yang menawarkan ukuran kasut yang mempunyai kedua-dua panjang dan lebar.

Periksa Tapak Kasut

Tapak yang licin sememangnya nampak cantik, tapi ia boleh membuatkan kasut licin. Dan ini akan membuatkan anda menggenggam jari kaki anda untuk memegang erat pada kasut untuk mengelakkan daripada tergelincir ketika anda berjalan. Mudah saja untuk membetulkan keadaan ini, anda hanya perlu minta tukang kasut anda untuk menggantikan tapak kasut dengan tapak yang baru ataupun anda perlu beli lapisan anti-gelincir untuk kasut anda.

Lapik Dalam Kasut Amat Membantu

h

Insoles ataupun lapik dalam kasut boleh membantu meningkatkan keselesaan kaki dengan membantu menyerap kejutan pada kaki apabila anda memijak.

Sokongan lengkungan  amat membantu jika anda mempunyai lengkungan rendah. Macam mana anda boleh mengetahui jika anda mempunyai keadaan ini?

Tengok pada kesan tapak kaki anda ketika anda mandi, jika anda nampak keseluruhan tapak kaki anda dan bukannya kesan tapak kaki biasa di mana tiada bahagian tengah tapak kaki, anda mempunyai masalah lengkungan kaki rendah. Jika anda tidak pasti, minta doktor anda untuk menjalankan pemeriksaan pada kaki anda untuk mengenal pasti masalah ini.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker