Bisnes & Ekonomi

Bagaimana 3 Lelaki Meyakinkan Disney Untuk Mengadakan ‘Avengers Station’

Ron Tan – Pencetus Idea

Tan adalah insan yang bertanggungjawab terhadap pembikinan Marvel’s Avengers Station, sebuah pameran interaktif berteknologi tinggi di mana peminat francais filem tersebut boleh mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang watak-watak idaman mereka, melihat alatan-alatan filem dan kostum-kostum serta menjalani ujian fizikal seperti salah seorang daripada ahli Avengers.

w
Pengasas Avengers Station, Ron Tan

Pameran  yang baru berakhir di Singapura itu, telah memulakan langkah pertamanya di New York pada tahun 2013, dan sejak itu mengembara ke Seoul, Paris dan Las Vegas. Ia bakal dibuka di China, Taiwan dan Australia pada akhir tahun ini.

Avengers Station telah berjaya menarik beratus-ratus beribu-ribu pengunjung di seluruh dunia dengan sokongan yang diperoleh daripada Marvel, yang juga dimiliki oleh syarikat global gergasi Disney.

Dan semuanya bermula dengan Tan dan dua rakan-rakannya, yang telah mengimpikan idea untuk The Avengers Station di Singapura pada tahun 2011. Menurut Tan inspirasinya adalah Cirque du Soleil.

Inspirasi- Guy Laliberte dan Cirque de Soleil

“Pada tahun 2008, saya mengambil sebuah buku mengenai Cirque du Soleil dan membaca tentang bagaimana pengasasnya, Guy Laliberte berjaya mengubah keseluruhan industri sarkas” menurut Tan.

“Laliberte adalah orang pertama yang mendirikan sarkas yang terdiri daripada manusia sahaja. Orang menyangka dia  gila kerana tidak memasukkan seekor haiwan pun di dalam sarkas beliau. Sebaliknya, beliau menjadikan setiap persembahan berdasarkan muzik dan penceritaan kisah-kisah.  Apa yang dia lakukan adalah menakjubkan – Cirque du Soleil, dalam masa kegemilangannya  di sepanjang laluan Las Vegas sahaja mempunyai sehingga 12 khemah”.

Tan mahu melakukan sesuatu yang serupa seperti Cirque de Soleil dalam urusan perniagaan pameran. Ini beliau lakukan dengan menjejakkan kaki dalam bidang harta intelek dan jenama francais global serta mewujudkan pengalaman yang seakan benar dan mendalam untuk peminat-peminat avengers.

The Avengers Station

c

“Oleh itu, seperti Cirque du Soleil, kami bermula dengan sebuah skrip. Apabila anda melawat The Avengers Station, anda  adalah seorang rekrut. Anda diberitahu: ‘Dunia sedang diserang. Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Bumi bersama The Avengers? “katanya.

“Anda akan diberi kad rekrut. Tetapi untuk menyertai pasukan wira-wira tersebut, anda perlu memepelajari lebih lanjut mengenai rakan-rakan wira anda.

“Jadi pada setiap stesen, anda akan belajar perkara-perkara seperti mengapa Bruce Banner bertukar menjadi Incredible Hulk apabila dia marah, mengapa Kapten Amerika boleh dibekukan selama bertahun-tahun, dan sebagainya.

Kemudian anda perlu mengambil ujian dan sebaik sahaja anda lulus ujian, anda akan dialu-alukan sebagai ahli keluarga  The Avengers dan anda kemudian boleh membeli kad keahlian tersebut.”

Bertemu Marvel dan Disney

Dia dan rakan-rakannya menyangka mereka mempunyai sebuah idea yang hebat. Hanya terdapat sedikit keraguan kecil – mereka sebenarnya tidak tahu sesiapa daripada  Marvel atau syarikat induknya Disney, untuk memberi mereka hak untuk menjadikan impian mereka sebuah kenyataan.

Tetapi tidak kisahlah, menerusi keazaman dan “hubungan kenalan 6 darjah”, mereka akhirnya dapat menghubungi orang yang tepat dan menerangkan idea mereka. Kesimpulannya, Marvel dan Disney suka akan idea tersebut  dan akhirnya memberikan mereka peluang yang sentiasa mereka nanti-nantikan.

“Ia adalah sebuah keberkatan. Bayangkan – syarikat gergasi ini memberi kami hak untuk mewakili satu daripada jenama mereka. Orang yang menandatangani kontrak tersebut  boleh dipecat jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. Pada masa itu, syarikat kami sangat kecil. Malah,  kami tidak pun mempunyai sebuah syarikat. Ketika itu, hanya kami bertiga dan sebuah idea, “Tan mengimbas kembali.

Mereka bertiga kemudian secara rasminya membentuk sebuah syarikat yang dinamakan,  Victory Hill Exhibitions (VHE), apabila mereka berjaya mendapat sebuah kontrak formal. Kemudian tiba bahagian yang benar-benar sukar.

Kami menggunakan ruang sebanyak 50,000 kaki persegi di Valencia, California, untuk membina pameran itu, yang akan membuat kemunculan di New York. Kami membina segala-galanya sendiri. Ia adalah sebuah mimpi ngeri kerana kami tidak pernah membina sesuatu yang sebesar ini. Kami membuat banyak kesilapan,  melebihi bajet dan tidak dapat memulakan pameran pada masa yang sepatutnya.

Eksekutif dari Marvel dan Disney telah memeriksa  projek itu  sebanyak 17 kali sebelum ia dibuka untuk memastikan segala-galanya mencapai tahap yang telah mereka tetapkan.

“Apabila pameran akhirnya dibuka saya fikir mimpi ngeri itu telah berakhir tetapi saya salah. Skrin-skrin tidak berfungsi, pameran interaktif tidak berfungsi, dan sebagainya. Saya di Singapura ketika itu dan tidak tahu bagaimana ingin menangani isu-isu teknikal. Kami  banyak melegakan keadaan kerana kami ketika itu tidak mempunyai kemudahan untuk menangani semua isu-isu tersebut. “

Namun, secara keseluruhannya, pameran itu dianggap sebagai sebuah kejayaan besar dan telah menerima sambutan hangat, termasuk daripada penulis komik dan bekas pengerusi Marvel Comics Stan Lee.

Pada akhir 2014, Tan telah diperkenalkan kepada Cityneon dan kira-kira setahun kemudian, firma yang dimiliki Singapura itu telah membeli VHE. Sesetengah usahawan menolak keras idea menjual syarikat tersebut kerana ia masih dikira baru tetapi Tan berkata peluang itu sukar ditolak.

Hasbro dan Transformers

f

“Ketika itu kami sedang berbincang dengan Hasbro. Habsro memegang hak harta intelek bagi Transformers. Mereka menyukai apa yang telah kami lakukan dengan The Avengers jadi kami punyai peluang untuk melakukan sesuatu dengan Transformers. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak wang untuk menjayakan idea ini,” kata Tan.

Pada masa yang sama, kami telah didekati oleh sebuah syarikat yang mahu membawa pengalaman The Avengers ke  Las Vegas, perjanjian tersebut memerlukan pelaburan modal yang besar. Oleh kerana saya tidak mempunyai wang sebanyak itu, peluang itu terpaksa saya lepaskan.  Akhirnya, saya  dapat juga melihat sebuah peluang di sana kerana Syarikat Cityneon adalah sejenis syarikat yang sesuai untuk membina set Avengers Station.

Pengambilalihan VHE oleh Cityneon telah menjayakan semua pihak. Cityneon telah berkembang modal pasarannya daripada kurang US $ 20 juta l pada tahun 2014 kepada lebih AS $ 200 juta, hari ini.  Jadi, VHE akan mempunyai alat dan dana yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti-aktivitinya.

“Kini  kami mempunyai infrastruktur, sistem dan wang untuk berkembang. Sekarang, saya mempunyai ketua pegawai teknologi untuk mengendalikan apa-apa isu-isu teknikal yang timbul. Saya tidak mendapat satu panggilan langsung mengenai perkara-perkara teknikal, “kata Tan, ketawa.

Cityneon

Pada Januari lepas Tan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan menggantikan Pengarah Urusan  Cityneon sebelum ini,  Ko Chee Wah yang telah bersara  Julai tahun lepas

Beliau teruja tentang masa hadapan, walaupun firma  ketika ini sedang menghadapi beberapa cabaran akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu. Kini, ia sedang memperkemas dan memberhentikan 50  orang kakitangan seluruh Asia, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengurangkan kos operasi sebanyak AS $ 4 juta  tahun ini. Selepas pemberhentian pekerja, Cityneon akan mempunyai kira-kira 200 kakitangan di serata dunia.

Mempunyai hak harta intelektual ke atas The Avengers dan Transformers, Cityneon kini mempunyai dua ikon budaya pop terbesar di dunia dalam genggamannya.

“Kami sedang menimbangkan untuk  memperoleh harta intelek ketiga. Kami mempunyai dua kriteria yang telah kami tetapkan – filem tersebut  perlu berjaya memungut  melebihi AS $ 1 bilion secara global jadi kami tahu ia mempunyai ramai peminat di serata dunia. Dan ia perlu punyai filem sequel supaya ada permintaan yang berterusan, “tambah Tan.

Kami mempunyai pilihan yang terhad kerana terdapat kurang daripada 20 filem di seluruh dunia yang memenuhi kriteria ini, dan filem The Avengers dan Transformers adalah sebahagian besar daripada filem-filem ini.

Universal Studios

Firma yang telah membina Universal Studios Singapura ini  juga sedang mencipta jenama yang kukuh dalam industri  taman tema, memberi tumpuan lebih pada projek pembinaan taman tema di Asia Utara. Taman tema ini juga adalah taman tema yang  disokong oleh jenama antarabangsa, kata Tan.

Biarpun keadaan ekonomi yang sebegini rupa, jalan di hadapan masih kelihatan sangat menarik, , kata Tan. “Kami telah melalui sebuah perubahan yang besar, dari masa kami di VHE ke di mana  kami berada kini . Di  Cityneon, kami masih sebuah syarikat yang sangat kecil. Kami adalah sebuah syarikat yang sedang berkembang.

Sumber: The Star

Show More

Related Articles

Back to top button