Sukan

5 Pemain Bola Yang Terlibat Dengan Kes Pembunuhan

Kami senaraikan 5 pemain bola sepak yang terlibat dengan kes pembunuhan

chelsea-star-marcos-alonso-740847

1 Marcos Alonso 

Pemain bek-sayap Chelsea, Marcos Alonso yang kini sedang menjalani musim cemerlang bersama Chelsea pernah ditahan pada 2011 ketika bermain untuk Bolton Wanderers selepas terlibat dengan kemalang kereta di Madrid. Alonso dalam keadaan mabuk dan memandu kereta BMW-nya 100km/jam apabila beliau melanggar dinding dan menyebabkan seorang wanita 19 tahun yang juga penumpangnya mati. Pada awalnya Alonso dipenjarakan 4 tahun seterusnya dikurangkan ke 21 bulan namun hukuman penjara digugurkan selepas beliau membayar pampasan ke pihak keluarga wanita itu 5000 euro dan lesennya ditarik selama 4 tahun.

Barcelona's Dutch player Patrick Kluivert celebrates a goal he scored against cross-town rivals Espanol during a league soccer match in Barcelona Sunday October 25, 1998. Barcelona won the game 2-1. (AP Photo/Cesar Rangel)

2 Patrick Kluivert

Pemain Belanda ini memenangi Liga Juara Juara bersama Ajax dan Juara Liga Sepanyol bersama Barcelona. Pada 1995, semasa beliau hanya 19 tahun, beliau terlibat dengan kemalangan kereta dan bunuh seorang bapa anak 2. Kluivert yang sedang melakukan pusingan-U melanggar kereta lain dan meyebabkan kematian seorang lelaki 56 tahun dan mencederakan isterinya. Yang membuatkan kisah ini lagi pilu apabila mangsa yang mati itu adalah penyokong Ajax yang fanatik dan Kluivert adalah bintang muda Ajax. Walaubagaimanapun, Kluivert hanya diberi hukum khidmat masyarakat walaupun kemalangan itu disebabkan beliau memandu secara laju. Penyokong Ajax menggelarnya pembunuh selama beliau berada di Ajax dan tahun berikutnya beliau meninggalkan kelab untuk berhijrah ke Ac Milan.

lee-hughes-pic-getty-images-394707534

3 Lee Hughes

Bintang West Brom, pada mulanya bekerja sebagai pembuat bumbung bersama bapanya apabila beliau tidak dipilih akademi West Brom namun, beliau menerima kontrak di Kidderminster Harriers. Kemudian beliau kembali ke West Brom dan melakukan lebih daripada 200 penampilan. Pada 2006, Hughes dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau terlibat dengan kemalangan dan melanggar sebuah kereta, 2 cedera dan seorang maut. Membuatkan trajedi ini lagi teruk apabila Hughes meninggalkan tempat kemalangan dan hanya membuat laporan keesokan harinya. Menurut pendakwa, tindakan itu adalah untuk mengelak ujian nafas. Dia akhirnya meluangkan masa 3 tahun di penjara. Pada 2011, beliau dituduh dengan serangan seksual yang akhirnya ditukar ke serangan biasa.

mccormick_3182640

6 Luke McCormick

Penjaga gol Plymouth F.C dalam perjalan pulang ke rumah daripada perkahwinan rakan sepasukan pada 2008. Dia yang memandu dalam keadaan mabuk, tidak sedar dan letih kemudian bertembung dengan sebuah kereta. Menyebabkan kematian serta merta 2 kanak-kanak yang berumur 10 tahun dan 8 tahun dan bapa kepada kanak-kanak itu mengalami keretakan leher. McCormick yang dalam keadaan sangat mabuk dan arak berlebihan dalam darahnya memutuskan untuk memandu pulang untuk berjumpa teman wanitanya. McCormick dijatuhkan hukuman 7 tahun penjara. Beliau hanya dipenjara separuh daripada tempohnya dan dibebaskan pada 2012.

In this photo released by the court of Minas Gerais (TJMG), former Flamengo goalkeeper Bruno Fernandes attends his trial in Contagem, Minas Gerais state, Brazil, Thursday, March 7, 2013. Bruno was sentenced to 22 years and 3 months in prison for the death of his ex-girlfriend Eliza Samudio. (AP Photo/Renata Caldeira, Justice Tribunal of Minas Gerais)

5 Bruno Fernandes 

Kini bermain semula selepas hampir 7 tahun dipenjara. Penjaga gol berasal dari Brazil bermain untuk Flamengo dan pernah dikaitkan dengan Ac Milan dan Barcelona. Namun ditahan pada 2010 selepas teman wanitanya dan juga ibu kepada anaknya hilang. Akhirnya, sepupu Bruno mendedahkan kepada polis bahawa dia dan Bruno menculik teman wanitanya, menyeksa dan bunuh wanita itu kemudian melupuskan mayat. Mangsa dijumpai dikerat dan sebahagiannya diberi makan anjing dan selebihnya ditanam. Bruno dijatuhkan hukuman 22 tahun namun beliau hanya dikenakan penjaram selama 6 tahun setengah selepas peguamnya membuat rayuan membenarkan pemain itu meninggalkan jagaan sementara menunggu kesnya dibicarakan semula. Bruno yang berumur 32, diambil oleh kelab division 2, Boa Esporte.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker