AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Myanmar: Populariti Parti Suu Kyi Semakin Merudum

Parti pemerintah Myanmar, National League for Democracy (NLD) hanya memenangi setengah daripada 19 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil parlimen baru-baru ini. Ini menunjukkan bahawa populariti parti yang diketuai oleh Aung San Suu Kyi itu telah merudum walaupun baru sahaja memimpin negara berkenaan selama setahun.

Dalam beberapa pilihan raya sebelum ini (1990, 2012, 2015), NLD mencatatkan kemenangan yang memberangsangkan apabila meraih sekurang-kurangnya 75% kerusi yang dipertandingkan.

Menurut Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar, NLD memenangi 9 daripada 18 kerusi di kawasan-kawasan yang mempunyai majoriti penduduk etnik Burma manakala parti pembangkang utama, Union Solidarity and Development Party (USDP) yang disokong oleh junta tentera, meraih 2 kerusi.

Kerajaan pimpinan NLD turut menerima kritikan kerana rancangan pembaharuan dan pembangunan mereka dalam hampir semua sektor bergerak dengan perlahan.

Suu Kyii juga menerima kecaman oleh komuniti antarabangsa kerana tidak menangani isu keganasan terhadap etnik Rohingya dengan baik.

Selain itu, Shan Nationalities League for Democracy (SNLD), antara parti etnik yang besar di negara itu memenangi 6 kerusi di Utara Barat negeri Shan.

Satu lagi parti etnik bernama All National Democratic Party (ANDP) pula meraih 1 kerusi di negeri Kaya, timur Myanmar.

Pilihan raya kecil diadakan untuk mengisi kerusi parlimen yang dikosongkan kerana penyandang sebelumnya menyertai kabinet dan sekali gus memegang jawatan menteri.

Menurut laporan, seramai 94 calon yang bertanding untuk memegang 19 kerusi parlimen tersebut.

Lebih daripada 2 juta orang pengundi (kurang dari 5% populasi Myanmar) yang layak mengundi dalam pilihan raya tersebut.

Namun, jumlah rakyat yang keluar untuk mengundi adalah kurang daripada 69% pengundi seperti yang disaksikan pada tahun 2015.

Pelbagai badan bukan kerajaan mengkritik Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak melaksanakan kempen kesedaran awam yang cukup untuk mendidik rakyat tentang kepentingan mengundi.

Sumber: Anadolu Agency
Show More

Related Articles

Back to top button