Sukan

Lagenda Brazil: Fakta Menarik Tentang Ronaldinho

Ini dia 5 fakta yang anda mungkin sudah atau belum tahu tentang lagenda Brazil, yang telah memenangi Piala Dunia 2002 serta Liga Juara Juara bersama FC Barcelona pada 2006.

ronaldinhochild-1458560869-800

1. Pada suata ketika pasukan Ronaldinho menang 23-0 dan dia menjaringkan kesemua 23 gol.

Pada umur 13 tahun, beliau menjaringkan 23 gol dalam liga remaja di Brazil yang menjadi tumpuan media. Kemudian beliau dipilih pasukan remaja Gremio sebelum membintangi Brazil bawah-17  untuk Piala Dunia.

2. Iklan Nike beliau ada video pertama di Youtube yang mencecah 1 juta penoton.

Iklan Nike pada tahun 2005 yang menunjukan Ronaldinho mencuba sepasang kasut baru sebelum menendang bola ke palang gol 4 kali tanpa membiarkan bola jatuh ke tanah.

  ronaldinhopepsi-1458564344-800

3. Ronaldinho hilang tajaan 6 angka dari Coca Cola selepas beliau minum air Pepsi semasa sidang media.

Ronaldo kehilangan tajaan lumayan sebanyak $750,000 dengan Coca Cola selepas gambarnya dengan Pepsi di sidang media. Gambar itu hanyalah Ronaldinho dengan Pepsi tanpa meminumnya, Pepsi adalah penaja kelabnya ketika itu Atletico Mineiro, tetapi Coca Cola tidak gembira dengan insiden itu terus menamatkan kontraknya.

ronaldinho1

4. Nama sebenar Ronaldinho adalah Ronaldo

Ronaldo de Assis Moreira adalah nama sebenar Ronaldinho. Pada mulanya beliau dipanggil Ronaldinho Gaucho kerana suatu ketika Ronaldo de Lima menggelarkan dirinya Ronaldinho. Ronaldinho adalah panggilan mesra untuk nama Ronaldo. Selepas Ronaldo de Lima berhijrah ke Eropah dan menggunakan nama Ronaldo, beliau Ronaldinho menukar nama mesranya daripada Ronaldinho Gaucho kepada Ronaldinho sahaja.

5. Selepas menjaringkan 23 gol Ronaldinho membuat keputusan untuk menjadi pemain bola profesional.

Pada mulanya Ronaldinho bermain Futsal. Selepas menjaringkan 23 gol Ronaldinho membuat keputusan untuk menjadi pemain bola profesional. Beliau bermain untuk Gremio dari 1998 – 2000 dan pada musim 2000 beliau menjaringkan 41 gol dalam 49 penampilan, sebelum Paris Saint-Germain mengikat Ronaldinho dengan kontrak 5 tahun dengan yuran pemindahan sebanyak €5 Juta.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close