AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Presiden Nigeria Tidak Akan Pinda Perlembagaan

Presiden Nigeria, Mahamadou Issoufou memaklumkan bahawa beliau tidak akan meminda perlembagaan untuk membolehkan dirinya memerintah bagi penggal yang ketiga selepas mandatnya tamat pada tahun 2021 nanti.

Menurut Issoufou, salah satu cita-citanya adalah untuk menganjurkan pilihan raya yang bebas dan telus pada tahun tersebut serta menyerahkan kepimpinan kepada orang lain yang dipilih oleh rakyat Nigeria sendiri.

Perlembagaan negara itu mengehadkan pemerintahan presiden kepada dua penggal (5 tahun setiap penggal) sahaja.

Issoufou yang kini berusia 65 tahun telah dilantik semula pada bulan Mac tahun lalu selepas walaupun pilihan raya itu diboikot oleh pihak pembangkang.

“Saya adalah seorang demokrat di hati… Saya tidak angkuh untuk berfikir bahawa saya adalah seorang lelaki yang tidak boleh dicari ganti,” katanya.

Tambahnya lagi, Nigeria memerlukan institusi demokrasi yang kuat sambil menegaskan bahawa pertukaran kuasa memainkan peranan penting untuk merealisasikan perkara itu.

Sekiranya berjaya, beliau akan menjadi presiden yang dilantik secara demokrasi yang pertama di negara itu untuk memastikan peralihan kuasa kepimpinan yang aman.

Pada tahun 2010, kerajaan di bawah pimpinan Mamadou Tandja (presiden sebelum Issoufou) telah digulingkan oleh satu rampasan kuasa tentera kerana mengubahsuai perlembagaan negara bagi membolehkan beliau kekal berkuasa walaupun sudah tamat 2 penggal pemerintahan.

Sejak kemerdekaannya pada tahun 1960, Nigeria tidak pernah mengalami peralihan kuasa secara demokratik yang sebenar.

Ia juga merupakan salah sebuah negara yang termiskin di dunia, tetapi kaya dengan hasil bumi uranium.

Proses demokrasi di negara itu bermula pada tahun 1993, namun langkah tersebut sering kali diganggu oleh insiden rampasan kuasa pasukan tentera.

Difahamkan, Nigeria kerap menerima ancaman dan diserang oleh kumpulan militan Boko Haram.

Sumber: Arab News

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button