AntarabangsaHiburanIsu Semasa

The Hunger Games Jadi Rancangan Realiti TV di Rusia

Aksi fiksyen ‘The Hunger Games’ yang biasa dilihat menerusi filem kini bakal menjadi rancangan realiti apabila winterRusia mengumumkan akan menganjurkan rancangan ‘The Hunger Games’ dalam dunia sebenar.

Sama dengan konsep perlawanan yang terdapat dalam filem trilogi ‘The Hunger Games’, rancangan realiti yang diberi nama ‘Game2: Winter’ itu ‘memaksa’ 16 pesertanya berlawan untuk kekal hidup hingga ke akhir pertandingan.

Seramai 16 peserta bakal bersaing untuk merebut gelaran juara dan memenangi hadiah yang ditawarkan sebanyak ASD1.6 juta (RM7.08 juta).

Difahamkan, peserta perlu melakukan apa sahaja untuk kekal hidup sehingga 1 April 2018. Rogol, bunuh dan apa sahaja bentuk serangan adalah dibenarkan dalam rancangan realiti penuh kontroversi itu.

undefined
siberia: lokasi rancangan

Walaupun ramai menganggap penganjur rancangan itu ‘hilang akal’, rancangan itu sudah menerima penyertaan daripada 30 peserta di serata dunia termasuk Korea Selatan, Sweden dan Rusia.

Pertandingan kalah mati ini bakal berlangsung di lokasi terpencil di sebuah pulau terpencil di Siberia dan ditayangkan di seluruh dunia bermula Julai akan datang.

Penganjurnya yang tidak mahu dikenali berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa pertembungan kasar antara peserta dalam pertandingan tersebut bakal berlaku.

mjp2teaser
Jennifer Lawrence dalam The Hunger Games

Penganjur tidak boleh campur tangan atau buat apa-apa sekiranya peserta mengasari peserta lain dalam pertandingan tersebut. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah membiarkan kamera merakam segalanya yang terjadi dalam pertandingan itu dan menyiarkannya untuk tontonan awam.

Filem francais pecah panggung yang dibintangi oleh pelakon terkenal, Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen itu juga dikhabarkan akan kembali menemui peminatnya dalam sekuel terbaru.

 

 

Sumber: firstpost.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker