AntarabangsaIsu SemasaSukan

Kelestarian Alam Sekitar – Pingat Olimpik 2020 Daripada Telefon Bimbit Lama

Untuk menjaga kelestarian alam sekitar, pingat –pingat untuk Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 akan dibuat dari telefon mudah alih yang dikitar semula.

Rakyat Jepun akan diminta untuk menderma telefon-telefon bimbit lama dan peralatan kecil untuk mengumpul sebanyak dua tan emas, perak dan gangsa untuk pembikinan sebanyak 5000 pingat.

Projek ini berharap dapat menggalakkan kelestarian alam sekitar dan mengurangkan kos pembuatan pingat.

Menurut Koji Murofoshi pengarah sukan Tokyo 2020 ” sebuah projek yang membolehkan rakyat Jepun untuk mengambil bahagian dalam mewujudkan pingat adalah benar-benar baik,”.

“Ada had ke atas sumber-sumber semulajadi bumi kita, jadi mengitar semula perkara-perkara ini akan membuat kita berfikir tentang kepentingan alam sekitar” menurut beliau.

Kotak-kotak kutipan akan diletakkan di pejabat-pejabat dan kedai-kedai telekom tempatan dari bulan April dan akan kekal di sana sehingga pengumpulan logam yang mencukupi telah dilakukan.

Ahli-ahli jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik di Jepun telah membentangkan idea tersebut kepada pegawai-pegawai dan syarikat-syarikat kerajaan pada tahun 2016.

Bandar tuan rumah Olimpik selalunya  memperoleh logam dari syarikat perlombongan. Oleh kerana Jepun  tidak mempunyai sumber mineral sendiri, ia berminat untuk menjalankan tema masa depan yang mampan melalui pembuatan pingat-pingat tersebut.

Bagaimana kitar semula e-waste dilakukan?

w

E-waste adalah barang-barang elektronik yang telah dibuang oleh pengguna. E-waste seperti telefon pintar dan tablet mengandungi sejumlah kecil logam bumi yang berharga dan jarang ditemui seperti platinum, palladium, emas, perak, litium, kobalt dan nikel.

Kereta-kereta dan peralatan rumah yang sudah lama seperti peti sejuk dan penghawa dingin juga mengandungi logam yang jarang ditemui bersama-sama logam asas, seperti besi, tembaga, plumbum dan zink.

Syarikat-syarikat kitar semula atau penapisan akan mengumpul atau membeli bertan-tan e-waste dan sisa industri. Mereka kemudiannya menggunakan proses kimia untuk memisahkan unsur logam yang pelbagai.

Kebanyakan kerja ini dilakukan oleh negara-negara membangun seperti China, India dan Indonesia.

Sumber: bbc

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker