FesyenGaya Hidup

Aksesori Pelengkap Gaya yang Wajib Dimiliki Setiap Lelaki

Bercakap tentang aksesori untuk lelaki, ia tidaklah serumit aksesori wanita. Lelaki tidak mempunyai jumlah pilihan dan gaya yang tidak berkesudahan untuk dipilih seperti wanita.

Walaupun mempunyai pilihan yang terhad, lelaki masih mampu bergaya dengan cara yang terbaik dengan menggunakan barangan yang sudah sedia dimiliki sebagai aksesori pelengkap gaya.

  1. Kaca Mata

eyefit-black-aviator-sunglasses-men-brand-designer-shades-original-driving-sun-glasses-for-men-uv400-pilot-jpg_640x640

Cermin mata dengan mudah boleh mewujudkan keseluruhan imej yang anda kehendaki. Dengan pilihan bingkai yang tepat, anda boleh kelihatan berbeza sama sekali. Anda perlu berhati-hati dalam memilih bingkai dan warna kanta kerana ia mempengaruhi bentuk muka dan warna kulit anda.

  1. Jam tangan

aliJam tangan yang berkualiti adalah satu lagi aksesori yang boleh melengkapkan pakaian anda. Mempunyai pelbagai koleksi jam tangan seperti gaya gelang atau kulit sudah lebih daripada cukup untuk melengkapkan fesyen anda ke majlis yang berbeza.

 

3. Tali Pinggang

free-shipping-2015-new-man-s-belt-classic-stylish-men-s-leather-belts-fashion-belt-high

Tali pinggang bukan sahaja dapat memberi sokongan kepada seluar yang longgar, tetapi ia juga mampu mengubah pakaian yang biasa kepada bergaya. Penggunaan tali pinggang amat penting bagi anda yang gemar memasukkan baju ke dalam seluar. Pastikan anda memiliki kedua-dua tali pinggang kulit hitam dan coklat untuk memudahkan pemadanannya dengan warna baju dan kasut anda.

  1. Beg sandang

sku1313411Meletakkan semua barangan peribadi ke dalam poket seluar bukanlah sesuatu yang baik untuk anda yang pentingkan gaya. Selain membuatkan poket kelihatan besar, ia juga akan membataskan pergerakan anda. Oleh itu, gunakan beg sandang yang dapat memuatkan semua barangan peribadi anda dan melengkapkan gaya anda sebagai seorang lelaki yang sibuk, kasual dan bergaya.

  1. Stokinpitti-uomo-day-1-261

Ini mungkin pelik bagi anda. Realitinya, stokin boleh memberi sentuhan tambahan untuk gaya anda. Semasa anda memakai seluar Capri, stokin pendek boleh seimbangkan keseluruhan pakaian anda dari segi warna dan corak. Manakala stokin biasa berfungsi untuk menyerlahkan gaya professional anda.

Sumber: theidleman.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker