Bisnes & Ekonomi

3 Cara Mudah Menjana Pendapatan Pasif Melalui Internet

Di zaman globalisasi ini, adalah satu cabaran untuk mendapatkan pendapatan yang mencukupi untuk menyara kehidupan seharian. Terutamanya mereka yang menetap di bandar.  Sesetengah individu memperolehi pendapatan daripada makan gaji, berniaga, mewujudkan bisnes sendiri dan sebagainya.

Tetapi bagi belia masa kini kebanyakan mereka memilih untuk menambah pendapatan yang sedia ada melalui pendapatan pasif yang diperolehi melalui Internet. Di sini disenaraikan beberapa tips yang dapat digunakan untuk menjana pendapatan pasif di Internet.

  • Affiliate a

Affiliate adalah cara paling mudah dan rendah risiko.  Ini kerana tiada kos permulaan yang diperlukan dan anda juga tidak perlu mencipta produk anda sendiri.

Anda hanya perlu mendaftar dengan pemilik produk atau ejen jualan tersebut kemudian mempromosikan link unik yang mengandungi nombor id anda. Kemudian pelanggan yang berminat akan produk tersebut akan membeli produk tersebut melalui anda.

Kaedah ini merupakan cara yang mudah dan memberi hasil lumayan apabila dilakukan dengan strategi yang betul. Dengan hanya mempromosikan produk orang lain, ramai penjual affiliate international dan tempatan berjaya menjana pendapatan tambahan melalui cara ini.

Anda boleh ke Ashadee.com dan Klikjer.com untuk mendaftar sebagai ejen affiliate dan mempromosikan pelbagai produk berkualiti di internet. Atau anda boleh ke Clickbank.com, Amazon.com dan JVZoo.com untuk memasarkan produk di pasaran luar negara.

  • Dropship

c

Selain dari affiliate, konsep dropship juga popular di negara kita.

Dropship adalah di mana anda menjual barang daripada pembekal dengan harga yang lebih daripada harga pasaran. Manakala keuntungan daripadanya (yang telah dipersetujui dengan pembekal) adalah milik anda.

Melalui cara ini anda tidak perlu menguruskan produk dan penghantaran, anda hanya perlu mengambil bayaran dan kemudian menempah tempahan dengan pembekal. Pembekal yang akan menguruskan produk dan urusan penghantaran.

Untuk mencari produk dropship, anda boleh sahaja taip di Google nama produk/kategori yang anda inginkan berserta perkataan ‘dropship’ sebagai contoh produk kesihatan dan kecantikan dropship.

  • Membina website berkualiti

Sekiranya anda mahukan pendapatan pasif yang santai, anda juga boleh mencuba mencipta laman sesawang (website).

Menghasilkan website khas dalam sesuatu topik tertentu (seperti isu semasa atau perkara yang terkini dan diminati ramai) sehingga mempunyai ramai pelawat dan meletakkan iklan adsense/nuffnang dan iklan lain boleh membantu anda untuk menjana pendapatan pasif yang lumayan.

Projek ini mempunyai dua faedah, selain dapat membantu anda mengembangkan kemahiran mencipta website, anda juga dapat menjana pendapatan pasif melalui individu yang klik pada iklan yang ditemui di website anda.

Tambahan lagi, apabila anda telah mempunyai website anda sendiri anda boleh meletakkan iklan affiliate, menawarkan perkhidmatan atau menjual produk anda sendiri

Apakah pilihan anda?

Inilah 3 kaedah mudah dan berkos rendah yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan pasif. Anda mungkin mahu memilih satu cara dan lakukannya sehingga berjaya menjana pendapatan pasif dengannya.

Usah bimbang dengan hasil yang bakal diperoleh, yang penting adalah tindakan dan usaha yang anda lakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang lain selain pendapatan aktif anda.

Terdapat banyak lagi kaedah lain, termasuklah menjadi ejen top-up prabayar dan sebagainya. Namun begitu, 3 kaedah yang dibincangkan di sini adalah cara yang telah diamalkan oleh pakar-pakar pemasaran internet dan boleh memberikan pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul dan anda tidak cepat berputus asa.

Ramai yang mahu menjana pendapatan pasif, namun begitu tak ramai yang sanggup bermula daripada bawah dan belajar bagaimana untuk melakukannya. Setelah belajar pula, usaha dan tindakan berterusan adalah penting supaya anda mendapat hasil yang anda inginkan

Jangan sesekali terlibat dengan wang segera, cara cepat dan pantas melabur wang, skim cepat kaya dan sebagainya. Walaupun ramai yang dikatakan telah berjaya dengan cara ini yang pasti lebih ramai yang telah gagal dan mengalami kerugian.

Sumber: pascasiswazah

Show More

Related Articles

Back to top button