Hiburan

‘The Boss Baby’ Filem Animasi Yang Mencuit Hati

Ingin meluangkan masa bersama keluarga hujung minggu ini? Bergeraklah ke panggung wayang berhampiran anda untuk menonton filem ‘The Boss Baby’ yang telah mula dimainkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 30 Mac yang lalu.

Filem animasi comel ini berkisarkan seorang kanak-kanak yang bernama Tim, berusia tujuh tahun (disuarakan oleh Miles Christopher Bakshi) yang sedang menikmati kehidupannya bersama ibu bapa (dimainkan oleh Lisa Kudrow dan Jimmy Kimmel).

Filem ini pada awalnya menunjukkan mereka ketawa dan bermain bersama-sama sepanjang masa, dan ibubapa Tim sentiasa meluangkan masa untuk rutin tidur istimewa Tim seperti bercerita dan bernyanyi.

Tidak berminat untuk mempunyai adik-beradik,  kedatangan THE BOSS BABY (disuarakan oleh Alec Baldwin), seorang bayi yang memakai kemeja dan membawa beg bimbit di kediaman mereka merosakkan rutin seharian Tim.

l

Disebabkan keletihan yang melampau ibubapa Tim tidak menyedari apa-apa yang pelik sedang berlaku, namun mereka cepat menyedari bahawa bukan bayi biasa yang telah tiba di kediaman mereka.

Rupa-rupanya, bayi tersebut, The Boss telah ditugaskan oleh ibu pejabat BabyCorp  untuk melakukan kerja pengintipan di tempat kerja ibubapa Timmy: Puppy Co.

Ini kerana didapati lebih ramai orang mahu membela anak anjing daripada mempunyai bayi mereka sendiri, keadaan ini merisaukan agensi BabyCorp.

Jika The Boss berjaya menyiasat keadaan yang sedang berlaku dan menghentikannya, The Boss akan dapat merasai kenaikan pangkat yang sentiasa diingininya. Namun begitu dia memerlukan bantuan Tim untuk melaksanakan misinya. Berjayakah mereka melakukannya?

m

Diarahkan oleh Tom McGrath  (pengarah filem animasi popular Madagascar), hasil kerja  studio Twentienth Century Fox Film Corporation,  dan berdasarkan buku animasi ‘The Boss Baby’ hasil tulisan Marla Frazee, filem ini mengisahkan persaingan antara adik-beradik sesuai untuk seisi keluarga dan pastinya dapat mencuit hati kedua ibubapa dan kanak-kanak ketika menontonnya.

Sumber: Commonsensemedia

Show More

Related Articles

Back to top button