AntarabangsaIsu Semasa

China Bina Menara Hutan

China bakal menjadi negara Asia pertama yang membina hutan menegak. Pembinaan menara hijau yang dibangunkan di wilayah Nanjing itu telah pun bermula untuk menangani masalah pencemaran di China terutama pencemaran udara.

Hutan ini akan dibina dengan gaya yang sama dengan bangunan hutan menegak yang terkenal di Milan. Tetapi, menara di China ini akan lebih tinggi sebanyak 650 kaki.

ni1qngj
Hutan menegak di Milan, Itali

Projek yang dinamakan sebagai Nanjing Green Towers ini merupakan pilihan yang agak ringkas dan mudah. Dua menara hijau akan berdiri megah di tengah-tengah bandar, diliputi lebih 1,100 pokok dan 2,500 tumbuh-tumbuhan melata.

Kehijauan  yang akan meliputi kawasan 6,000 meter persegi ini dijangka akan menyerap 25 tan karbon dioksida setiap tahun manakala menghasilkan 130 paun (60 kilogram) oksigen setiap hari.

china-banane-wala-hai-asia-ki-pehli-vertical-forest-building
Hutan menegak dengan dua menara di China

Menara yang lebih tinggi akan menempatkan pejabat-pejabat bermula di tingkat kelapan hingga ke-35. Selain itu, akan ada sebuah muzium, sebuah sekolah seni bina hijau, dan kelab atas bumbung peribadi.

Manakala, menara yang lebih kecil akan menempatkan Hotel Hyatt dengan 247 bilik, lengkap dengan kolam renang atas bumbung.

Podium di bawah akan mengandungi kedai, pasar makanan, restoran, dewan persidangan dan ruang majlis.

Arkitek  projek ini adalah arkitek sama yang mereka hutan menegak di Milan, Itali dan Lausanne, Switzerland.

Firma seni bina, Stefano Boeri itu telah mereka bentuk beberapa projek mesra alam dan hijau lain di seluruh dunia, termasuk sebuah “mountain forest hotel” di China dan “urban tree lounge” di Itali.

Hutan menegak itu dijangka akan disiapkan sepenuhnya pada tahun 2018.

Sumber: Foxnews.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker