Sukan

Aaaaargh! Bungee Jumping

Lompatan Bungee? Ada Berani?

Lompatan bungee atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Bungee Jumping adalah sukan extreme yang akan menggegarkan adrenalin anda dengan perasaan gayat yang luar biasa.

Sumber Imej ; Google
Sumber Imej ; Google

Jikalau anda mempunyai rasa takut yang amat luar biasa pada ketinggian, sesekali anda harus mencuba sendiri sukan ini. Selepas anda merasainya mungkin perasaan takut pada ketinggian itu akan hilang sehingga membuat anda ingin mencuba lagi.

Aktiviti ini pada mulanya dilakukan oleh sekumpulan pelajar dari ahli sebuah kelab sukan universiti di England. Mereka mendapat idea dengan melakukan terjunan dari jarak yang tinggi dan mereka membuat terjunan pertama di sebuah jambatan lebuhraya yang panjang di mana dibawahnya terdapat  sebatang sungai yang mengalir.

Bungee jumping yang paling tertinggi di dunia adalah di Macau Tower, China. Ketinggian bangunan ini adalah mencecah setinggi 233 meter. Cuba kita bayangkan ketinggiannya. Disebabkan itu, sukan ini dianggap sebagai aktiviti lasak.

Bungee Jumps di Macau Sumber Imej ; Google
Bungee Jumps di Macau
Sumber Imej ; Google

Antara lokasi untuk melakukan aktiviti Bungee jumping  boleh terdapat di:  

  • Sky Tower, Auckland
  • Bloukrans Bridge, South Africa
  • Sunway Lagoon, Malaysia

 

 

 

Kelengkapan sukan ini amat ketat kerana sebelum melakukan lompatan, kita akan dipakaikan dengan perlengkapan keselamatan yang lengkap supaya tidak terjadi sesuatu yang tidak diingini  sebelum itu, kita akan diberikan penerangan sebelum membuat lompatan.

 Di PUERTO VALLARTA Sumber Imej ; Google
Di PUERTO VALLARTA
Sumber Imej ; Google

Dengan melakukan aktiviti ini dapat mencabar keberanian diri.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button