Isu SemasaTempatan

10 Sektor Yang Menjamin Pekerjaan Dalam Masa 5 Tahun

Bagi mereka yang ingin meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, terdapat ribuan program  pengajian yang boleh anda pilih untuk meneruskan pengajian seterusnya meneroka ke alam pekerjaan. Jika anda keliru mahu pilih yang mana, berikut adalah senarai bidang yang dijangka dapat menjamin pekerjaan setelah anda selesai menamatkan pengajian dan membantu anda membuat pilihan yang tepat.

1.  Kejuruteraan

Terdapat pelbagai jenis kejuruteraan di alam pekerjaan. Setiap satu mempunyai syarat-syarat tersendiri yang perlu ditepati dan sektor yang khusus seperti mekanikal, kejuruteraan umum dan elektrik dan elektronik. Pada asasnya, kemahiran dan pengetahuan yang mendalam memainkan peranan yang amat penting dalam sektor ini.

a

 

2.   IT / Sains Komputer & Analisis dan Keselamatan Data.

Sains komputer dan teknologi maklumat merupakan bidang yang luas dan mendalam. Individu yang melibatkan diri dalam bidang ini perlu mempunyai kemahiran dan peralatan yang betul  untuk berjaya. Ada pelbagai pengkhususan dalam bidang ini antaranya adalah pengaturcaraan komputer asas,  kecerdasan tiruan (artificial intelligence) dan bahasa dan pembelajaran mesin.

b

3.   Perakaunan

Perakaunan adalah satu kerjaya yang memerlukan pemiliknya mempunyai kemahiran untuk berurusan dengan nombor-nombor  dan aspek-aspek penting dalam perniagaan dalam pelbagai industri. Setiap industri memerlukan akauntan dan pakar-pakar dalam bidang-bidang seperti percukaian, pengagihan gaji, pengauditan, pelaburan dan banyak lagi.

c

4.   Bahasa dan komunikasi

Program bahasa dan komunikasi merangkumi pelbagai bidang seperti terjemahan, kewartawanan, penyiaran, perhubungan awam dan perniagaan. Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini.

d

5.   Telekomunikasi

Teknologi mudah alih adalah peneraju masa hadapan. Merupakan trend masa kini di mana sebahagian besar kita menghabiskan kebanyakan masa pada peranti mudah alih kemudian  menghantar dan  menerima jumlah data yang besar melalui menara dan satelit komunikasi apabila melayari internet.

e

 6.   Undang-Undang

Sama seperti akauntan, kerjaya sebagai peguam  mempunyai banyak peluang kerjaya dalam pelbagai industri. Di sektor undang-undang terdapat pelbagai pengkhususan seperti undang-undang kontrak, undang-undang perniagaan, undang-undang hartanah, undang-undang pembinaan, hubungan industri dan pelbagai pengkhususan lain.

z

 7.    Jualan dan pemasaran

Walaupun ramai individu dalam sektor jualan dan pemasaran mempunyai ijazah dan datang dari latar belakang yang berbeza, ijazah dalam pemasaran melibatkan lebih daripada  sektor jualan dan pengiklanan.

Ia lebih tentang menilai tingkah laku pelanggan dan mengekalkan imej sebuah jenama. Ia juga telah berkembang secara meluas secara dalam talian (online). Malah, terdapat banyak negara yang telah berjaya mencatatkan pertumbuhan besar dalam pemasaran dan pengiklanan  online.

Pada tahun 2020, Amerika Syarikat menjangkakan bahawa pemasaran online akan dapat menjana  jumlah pendapatan sebanyak $ 93.5 bilion dolar.

j

 

8.   Perubatan dan kesihatan

Masih ramai orang memikirkan menjadi seorang ahli perubatan itu adalah  mengenai populariti. Ada juga mereka yang mempunyai  rasa hormat dan prestij untuk menjadi seorang doktor atau doktor gigi. Tambahan lagi,  industri perubatan dan kesihatan juga memerlukan pelbagai kerjaya lain seperti kejururawatan, juruteknik makmal, dan penjagaan pesakit.

n

 

9.   Farmasi

Graduan farmasi boleh bekerja dalam pelbagai industri yang berkaitan. Selain itu, hospital juga memerlukan ahli farmasi. Bidang ini juga telah berkembang ke pelbagai bidang seperti sains bioperubatan dan bioteknologi.

 

o

 

10.  Pengajaran dan pembelajaran

Kerjaya di dalam sektor pengajaran dan pembelajaran, sama ada pengajian awal atau pengajian tinggi sentiasa berubah dan guru-guru sentiasa akan diperlukan sama ada di sektor pengajian awam ataupun swasta.

p

Sumber: afterschool

Show More

Related Articles

Back to top button