Sukan

Frank Bernhardt Mengaku Terkejut

Ketua Jurulatih skuad bawah-23 tahun negara, Frank Bernhardt mengaku terkejut dengan berita pemecatan beliau sebagai ketua jurulatih seperti yang diumumkan oleh Presiden FAM baru-baru ini. Posisi beliau akan digantikan oleh Ong Kim Swee.

download

Bercakap kepada media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas Piala Dubai, Bernhardt bakal bertemu dengan pengurusan tertinggi FAM bagi membincangkan mengenai nasib beliau.

“Saya hanya baca di media mengenai berita pemecatan saya. Nampaknya saya dan FAM perlu duduk semeja berbincang mengenai ini.”

“Bagi orang lain ia mungkin sudah jelas dengan berita pemecatan saya. Namun bagi saya, masih ada beberapa perkara yang belum lagi dijelaskan.”

“Saya dengan FAM perlu berbincang, selepas itu barulah kita pastikan macam mana.”

frank_bernhardt_malaysia_sea_games-e1490866480260-625x381

Beliau hanya akan mengambil langkah seterusnya selepas pertemuan dengan pihak FAM mengambil tempat.

Mengikut kontrak yang telah dipersetujui oleh pihak FAM, khidmat Bernhardt hanya akan tamat selepas temasya Sukan SEA berakhir pada tahun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button