Bisnes & Ekonomi

Billionaire Jack Ma Mengajar Anda Untuk Berjaya Dalam Hidup Dan Perniagaan

Billionaire Jack Ma, pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group, serta salah seorang usahawan Internet Cina yang paling berjaya, berkongsi kepelbagaian pengalaman beliau.

 

Jack Ma: kesilapan yang saya paling kesali

Pada tahun 2001, saya telah membuat kesilapan. Saya memberitahu 18 rakan-rakan saya yang memulakan perjalanan untuk menjadi usahawan dengan saya bahawa kedudukan tertinggi mereka yang mereka boleh kendalikan adalah peranan pengurusan. Kami perlu mengupah orang luar untuk mengisi jawatan seperti Naib Presiden dan Eksekutif-Eksekutif Kanan.

Beberapa tahun kemudian, mereka yang saya upah telah pergi, tetapi mereka yang saya pada awalnya ragui kebolehan mereka akhirnya menjadi Naib Presiden atau Pengarah.

Saya percaya kepada dua prinsip: Sikap anda adalah lebih penting daripada keupayaan anda. Begitu juga, keputusan anda adalah lebih penting daripada keupayaan anda!

jack-ma-alibaba

Jack Ma: Anda tidak boleh memastikan semua orang mempunyai fikiran yang sama, tetapi anda boleh menyatukan semua orang melalui matlamat yang sama.

  1. Jangan sekali berfikiran bahawa anda mampu untuk memastikan semua orang mempunyai fikiran yang sama: ia adalah mustahil.
  2. 30% daripada semua orang tidak akan percaya kamu. Jangan biarkan rakan-rakan sekerja dan pekerja anda bekerja untuk anda. Sebaliknya, beri mereka peluang untuk bekerja di bawah sebuah matlamat yang sama.
  3. Adalah lebih mudah untuk menyatukan sebuah syarikat dengan matlamat yang sama daripada menyatukan sebuah syarikat di sekeliling orang-orang yang tertentu.

Jack Ma: Apakah perbezaan antara seorang pemimpin dengan seorang pekerja?

Seorang pemimpin tidak boleh membandingkan kemahiran teknikal beliau dengan pekerja. Pekerja anda perlu mempunyai kemahiran teknikal yang lebih hebat daripada anda. Jika tidak, ini bermakna anda telah mengupah orang yang salah.

Kemudian, apakah yang membuat seorang pemimpin tersebut menonjol?

  1. Seorang pemimpin haruslah berwawasan dan mempunyai pandangan lebih jauh daripada pekerja.
  2. Seorang pemimpin harus mempunyai semangat keazaman dan ketabahan yang tinggi, serta dapat bertahan dengan apa yang pekerja tidak boleh.
  3. Seorang pemimpin harus mempunyai daya tahan yang lebih tinggi dan keupayaan untuk menerima dan menghadapi kegagalan.

Kualiti-kualiti yang perlu ada pada pemimpin yang baik adalah berwawasan, tabah dan berkebolehan.

 

Jack Ma: Jangan berpolitik

 Seseorang perlu sentiasa memahami bahawa wang dan kuasa politik tidak boleh bergerak selari. Sebaik sahaja anda berada dalam politik, anda tidak boleh berfikir pasal wang lagi. Apabila anda menjalankan perniagaan, jangan sesekali berfikir untuk melibatkan diri dalam politik.

Apabila wang dan kuasa politik bertembung, ia adalah ibarat sebuah bom yang bertemu dengan mancis, hanya menunggu masa untuk meletup.

Jack Ma: 4 persoalan utama generasi muda perlu renungkan

  • Apakah kegagalan: Kegagalan sebenar adalah berputus asa
  • Apakah daya tahan: Apabila anda telah melalui kesusahan, berhadapan dengan ketidakadilan dan kekecewaan barulah anda akan memahami apakah itu daya tahan
  • Apakah tugas-tugas anda : Adalah untuk menjadi lebih rajin, bekerja keras dan bercita-cita tinggi daripada orang lain.
  • Hanya orang yang bodoh menggunakan mulut untuk bercakap. Orang yang cerdik akan menggunakan otaknya, orang yang bijak akan menggunakan hatinya.

jack-ma-serious

Jack Ma: Kita dilahirkan untuk hidup dan menghayati kehidupan.

Saya selalu beritahu diri saya bahawa kita dilahirkan bukan untuk bekerja, tetapi untuk menikmati kehidupan. Kita berada di sini untuk menjadikan sesebuah perkara lebih baik untuk satu sama lain, bukannya bekerja. Jika seumur hidup anda dengan bekerja, anda pasti akan menyesal.

Tidak kira betapa berjayanya anda di dalam kerjaya anda, anda mesti sentiasa ingat bahawa kita berada di sini untuk hidup. Jika anda sentiasa sibuk bekerja, anda pasti akan menyesal.

Jack Ma mengenai bersaing dan persaingan

  • Mereka yang bersaing secara agresif dengan satu sama lain adalah orang-orang yang bodoh.
  • Jika anda melihat semua orang sebagai musuh, semua orang anda kenali akan menjadi musuh
  • Apabila anda bersaing antara satu sama lain, jangan membawa kebencian bersama-sama. Kebencian akan menjatuhkan anda.
  • Pertandingan adalah ibarat sebuah permainan catur. Jika anda kalah, permainan boleh sentiasa dimulakan semula. Elakkan pergaduhan antara kedua-dua pihak.
  • Seorang ahli perniagaan sebenar atau usahawan tidak mempunyai musuh. Apabila dia memahami perkara ini, dia boleh mencapai langit.

Jack Ma: Jangan jadikan keluhan atau rungutan suatu kebiasaan

Ia bukan satu masalah besar jika anda mengadu atau merengek sekali-sekala

Walau bagaimanapun, jika ia menjadi tabiat, ia akan sama dengan minum minuman keras: semakin banyak anda minum, semakin anda dahaga. Dalam menempa kejayaan, anda akan dapat perhatikan bahawa orang-orang yang berjaya tidak merungut ataupun kerap mengadu.

Dunia tidak akan ingat apa yang telah anda katakan, tetapi ia pasti tidak akan lupa apa yang anda telah lakukan.

Jack Ma: Nasihat untuk usahawan

  1. Peluang-peluang yang tidak boleh dilihat semua orang adalah peluang yang sebenar.
  2. Sentiasa jadikan pekerja anda datang bekerja dengan senyuman.
  3. Pelanggan perlu menduduki kedudukan nombor 1, Pekerja ke 2 dan barulah Pemegang Saham ke 3
  4. Menerima pakai dan berubah sebelum berlakunya perubahan trend.
  5. Lupakan pasal wang, lupakan bagaimana hendak menjana pendapatan.
  6. Daripada belajar helah-helah kecil untuk meneruskan kehidupan, beri tumpuan kepada kekuatan and untuk berpegang dan meneruskan kehidupan.
  7. Sikap anda menentukan pencapaian anda.

Jack Ma mengenai keusahawanan

  1. Sering kali sebuah peluang yang baik sukar untuk diterangkan dengan jelas; sesuatu yang mudah dijelaskan seringkali bukanlah peluang yang baik.
  2. Untuk mendirikan sebuah syarikat anda perlu mencari seseorang yang boleh melengkapi kemahiran anda. Tidak semestinya seseorang yang berjaya. Cari mereka yang sesuai, bukan yang terbaik.
  3. Perkara yang paling tidak boleh diharap di dunia adalah hubungan sesama manusia.
  4. “Percuma” adalah perkataan yang paling mahal.
  5. Hari ini adalah kejam, esok akan menjadi lebih teruk, tetapi lusa akan menjadi indah.

jack-ma-forbes

Jack Ma: Perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seorang usahawan

  1. Perkara-perkara yang paling menakutkan mengenai mendirikan sebuah perniagaan adalah ketidakupayaan untuk melihat, kesombongan hati, tidak mampu untuk memahami apa yang sedang berlaku, serta tidak mampu untuk bersaing.
  2. Jika anda tidak tahu kedudukan pesaing anda atau terlalu yakin dan sombong mengenai pesaing anda, atau tidak dapat memahami bagaimana pesaing dapat menjadi sebuah  ancaman bagi anda , anda pasti akan kalah di belakangnya. Jangan menjadi “mereka” dalam peribahasa ini: Pertama mereka mengabaikan anda, kemudian mereka ketawakan anda, kemudian mereka menentang kamu, akhirnya anda menang.
  3. Walaupun pesaing anda kecil atau lemah, anda perlu mengambil serius dan ibaratkan dia sebagai gergasi. Begitu juga, walaupun pesaing anda adalah kuat, anda tidak perlu menganggap diri anda sebagai  pihak yang lemah.

 

Jack Ma mengenai memulakan syarikat anda sendiri

Apabila anda mendirikan syarikat anda sendiri ini bermakna: anda akan kehilangan pendapatan yang stabil, hak anda untuk memohon cuti dan bonus.

Walau bagaimanapun, ia juga bermakna pendapatan anda tidak lagi akan terhad, anda akan menggunakan masa anda dengan lebih efektif, dan tidak lagi perlu meminta pertolongan daripada orang.

Jika anda mempunyai corak pemikiran yang berbeza, anda akan mempunyai hasil yang lain: jika anda membuat pilihan yang berbeza daripada rakan-rakan anda, kehidupan anda akan berbeza daripada rakan-rakan anda.

Jack Ma mengenai peluang

Jika lebih  90% daripada orang ramai berkata “Ya” untuk meluluskan cadangan, saya pasti akan buang cadangan itu ke dalam tong sampah. Sebabnya adalah mudah: jika terdapat ramai orang yang berfikir bahawa cadangan tersebut adalah yang baik, pasti akan ada  ramai orang yang akan mengerjakan cadangan itu, seterusnya peluang itu bukan  lagi milik kita.

Sumber: vulcanpost.com

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button