Sukan

Saya Masih Tidak Boleh Melupakan

Rio Ferdinand berkongsi perjuangannya dengan kesedihan

BBC akan menayangkan dokumentari khas bertajuk: Rio Ferdinand: Being Mum and Dad. Ianya akan disiarkan pada hari ini pukul 9 malam waktu London dan boleh saksikannya di Sini. Dokumentari khas ini mengisahkan perjalanan hidup Ferdinand selepas kehilangan isteri.

_94001527_fedinand3_pa

Beliau kehilangan isteri tercinta, Rebecca pada Mei 2015 kerana kanser payudara.

Bekas kapten England mendedahkan bagaimana sukar kehidupannya tanpa isteri dan bagaimana dia telah bergelut untuk mengatasi kesedihannya.

Ferdinand berkongsi cerita bagaimana beliau terpaksa memikul tanggungjawab sebagai Ayah dan Ibu kepada 3 anaknya.

Beliau takut dirinya gagal untuk membesarkan anak-anaknya dengan sempurna.

p04xftr3

Beliau juga berkata kepada BBC, dia mulai ketagih alkohol. Sehinggalah pada satu ketika  mulai sedar, anak-anaknya lebih memerlukannya sekarang.

Dia mulai meninggalkan tabiat buruk itu. Ferdinand bersyukur orang di sekeliling beliau sangat banyak menyokong beliau terutama ketika beliau bermain untuk QPR di London.

Saksikanlah dokumentari ini di BBC malam ini jika anda ada peluang mendapat siaran ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button