Isu SemasaKesihatanTempatan

Penduduk Selangor & Masyarakat Cina Paling Banyak Berikrar Menderma Organ

Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penduduk Selangor merupakan paling ramai yang berikrar untuk menderma organ.  Statistik yang dilaporkan BeritaHarian juga menunjukkan masyarakat Cina merupakan pengikrar organ tertinggi 39 peratus, diikuti Melayu (31), India (22) dan lain-lain sebanyak enam peratus.

Menurut MalaysiaKini, sehingga Januari tahun 2017, hanya 381,353 orang daripada rakyat negara ini telah berikrar untuk menderma organ mereka.

Pada tahun 2018,  kira-kira 6,000 pengikrar baharu dicatat untuk menderma organ.

Nombor itu mewakili hanya 1% daripada 30 juta rakyat Malaysia yang telah melakukan ikrar tersebut.

Angka ini terlalu sedikit untuk sebuah negara membangun di mana peratusan menderma organ sepatutnya setinggi 30% ke 40% daripada populasinya.

logo-ntrc

Kurangnya kesedaran daripada orang awam menjadi punca utama masalah ini. Selain itu, halangan agama, halangan keluarga, tidak tahu tempat mendaftar dan takut untuk menderma juga dilihat menjadi punca.

Pelbagai usaha telah dilakukan dan akan diteruskan oleh KKM untuk meningkatkan kesedaran rakyat dalam kepentinganimage menderma organ.

Pesakit buah pinggang merupakan majoriti yang menunggu untuk melakukan pemindahan organ.

Kesemua 31,084 orang pesakit buah pinggang seluruh negara perlu menunggu kira-kira 5 ke 10 tahun sebelum mendapatkan rawatan pemindahan organ.

Jadilah seorang penderma organ sekarang kerana tindakan murni ini dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

“Setiap organ mempunyai waktu luput dan tidak boleh disimpan lama. Penderma paling muda berusia 27 hari yang mendermakan injap jantung dan penerima paling tua berusia 84 tahun.

“Kita pernah mengendalikan pendermaan seluruh organ yang memberi kehidupan kepada 35 orang,” kata Timbalan Ketua Jabatan dan Pengurus Klinikal PSTN, Dr Diana Mohd Shah.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengikrar derma organ secara dalam talian di www.dermaorgan.gov.my.

Show More

Related Articles

Back to top button